RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 15 November 2018

Honda RS150R Berkonsepkan Jentera WSBK

Pengubahsuaian pada motosikal Honda RS150R bukan sahaja melibatkan kos yang lebih tinggi tetapi keseronokannya jauh lebih berbeza dengan hobi yang dimiliki sebelum ini oleh Bintang Bulan Ini, En Mohd Khairi B Yaakub. Beliau lebih cenderung dalam dunia modifikasi jentera empat roda kemudian beralih kepada dua roda. Katanya, “Saya kini terlalu minat untuk terus mengubahsuai motosikal.”

Dilahirkan di Kelantan tetapi beliau kini menetap di Kuala Lumpur dan merupakan seorang penjual kereta import yang gemarkan permainan karom sewaktu masa lapang. Beliau diberi gelaran sebagai Yie, berumur 38 tahun dan sudah berumahtangga dengan dua orang cahaya mata.

Motosikal pertama yang dimiliknya ialah Honda EX5 yang sangat popular pada satu ketika dahulu. Model ini bukan sahaja selesa ditunggang malahan sangat menjimatkan petrol. Sememangnya model EX5 ini merupakan motosikal para remaja ketika itu.

Selepas ketagihan dengan motosikal pertamanya, Yie telah membeli sebuah lagi model yang cukup popular sehingga kini iaitu Yamaha 125ZR sebelum beliau memiliki dua buah Honda RS150R. Jentera 125ZR sangat digilai kerana mempunyai daya pecutan yang tinggi dan rekabentuknya yang mantap.

“Antara pengalaman manis yang saya sentiasa ingat adalah sewaktu zaman persekolahan. Biasalah waktu itu bila kita sudah pandai menunggang motosikal, mesti ingin memulas pendikit dengan lebih lagi. Saya dan rakan-rakan ingin mencuba ketangkasan jentera masing-masing dan mula berlumba untuk mendapatkan tempat pertama. Secara tiba-tiba saya hilang kawalan dan terus terjatuh ke dalam sawah. Habis satu badan saya dilimpahi dengan lumpur. Memang sangat kelakar bila diingat kembali kenangan sewaktu muda,” kata Yie sambil ketawa.

Ketika berumur 18 tahun, Yie telah terlibat dengan kemalangan motosikal bersama rakan dengan menunggang jentera Kawasaki KRZ milik kawannya. “Cuaca pada waktu itu hujan, kami menunggang dengan laju dan secara tiba-tiba terdapat sebuah lori yang sedang membetulkan lampu jalan sehinggakan kami tidak sempat mengelak dan menyebabkan motosikal yang kami tunggang tergelincir. Mujur kami tidak mengalami kecederaan yang teruk.”

Pengubahsuaian:

Yie memilih jentera Honda RS150R kerana menawarkan rekabentuk langsing dan menarik yang dibeli awal tahun 2017 untuk diubahsuai. Timbulnya idea ini apabila saya melihat motosikal dari Vietnam yang telah diubahsuai seperti jentera superbike. Beliau mula tertarik untuk membuat jenteranya kelihatan lebih cantik.

Proses pertama pengubahsuaian adalah lengan ayun. Yie telah memilih lengan ayun tunggal daripada model Honda NSR 150SP untuk jenteranya. Ruang roda telah dipadankan dengan sport rim daripada Honda VFR400.Menurut Yie, terdapat kesukaran memadankan hub dan juga saiz kelongsong tengah pada lengan ayun model 150SP. Proses pemasangan amat menyukarkan. Ia telah memakan masa yang lama untuk disiapkan disamping memerlukan tenaga pakar.

Apa yang menarik, bahagian hadapan nampak lebih mantap dengan hadirnya suspensi hadapan jenis terbalik (USD) milik Yamaha YZF-R1 turut dipadankan brek kembar bersaiz besar daripada motosikal tersebut. Bahagian saspensi perlu dibuat beberapa pengubahsuaian supaya boleh digunakan pada jentera miliknya. Jenteranya nampak lebih garang dengan padanan tayar Pirelli Diablo Supercorsa (hadapan: 120/70-17 dan belakang: 160/60-17).

Enjin pada jentera Honda ini masih dikekalkan yang asal. Ia hanya dipertingkatkan dengan Unit Kawalan Elektronik (ECU) Tune Boss untuk mempertingkatkan kuasaß maksimum kepada 16hp berbanding sebelum ini iaitu 15hp.

Untuk menghasilkan bunyi yang mantap, sistem ekzos turut dibuat khas dengan padanan SC-Project. Bunyi yang jelas ‘meraung’ daripada serombong ekzos bagaikan bergema dan dapat dikenali dari jauh lagi.

Menurut Yie, ini kali ketiga beliau menukar badan motosikal. Yie telah memilih rekabentuk berinspirasikan pelumba WSBK iaitu Nicky Hayden. Beliau memilih rekaan ini sempena untuk memperingati pelumba tersebut yang maut akibat kemalangan jalan raya sewaktu berbasikal pada tahun 2017.

Dengan bermodalkan sehingga RM27,000, jentera Honda RS150R milik Yie ternyata lain daripada yang lain. Beliau sangat berpuas hati dengan rekaan terkini. “Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu terutama mekanik yang telah mengubahsuai motosikal saya iaitu Ejam menyiapkan projek moped ini sehingga berjaya.”

“Ternyata usaha dalam pengubahsuaian bukan kerja yang sia-sia. Ini kerana motosikal saya pernah menjuarai beberapa pertandingan motosikal cantik terutama baru-baru ini dalam acara Mega Gathering Honda RS150R 2.0 berjaya mendapat tempat pertama dalam kedua-dua kategori iaitu Custom Extreme dan Open Airbrush.”

Buat masa sekarang Yie masih tidak terfikir untuk menjual jenteranya jika ada orang menawarkan harga yang tinggi untuk membeli motosikalnya. Ini kerana beliau sangat menyayangi ‘RS150R’ yang diubahsuai mengikut kehendak dan keinginannya. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700