RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 November 2026

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

EICMA 2026 - Honda memperkenalkan model serba baharu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports sebagai jentera tahun 2027. Kehadiran model ini memperluaskan lagi barisan motosikal kembara berkapasiti besar pengeluar Jepun itu.

Berbeza dengan model standard, versi Enduro Sport lebih mengfokuskan untuk tunggangan offroad namun masih kekal ciri versatil yang menjadi identiti keluarga Africa Twin. Dari segi ciri-ciri juga berbeza di mana model ini menampilkan berat yang lebih ringan berbanding versi standard, jarak kelegaan bumi yang tinggi dan suspensi telah dipertingkatkan bagi keupayaan offroad.

Antara perubahan paling penting ialah penggunaan enjin dua silinder selari berkapasiti 1,131cc baharu, berbanding 1,084cc pada generasi sebelumnya. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 117.3hp pada 7,500rpm (peningkatan sebanyak 16.5%) dan tork 119Nm pada 5,750rpm berbanding 112Nm sebelum ini. Peningkatan prestasi tersebut dicapai menerusi perubahan pada sistem laluan kemasukkan udara, throttle body lebih besar berdiameter 52mm, nisbah mampatan 12.1:1 dan komponen dalaman enjin yang diperbaharui.

Dari segi sistem transmisi, Enduro Sports ditawarkan dalam dua varian iaitu transmuisi manuak 6-kelajuan dan sistem DCT 6-kelajuan. Versi manual memberikan kawalan penukaran gear secara konvensional manakala DCT menawarkan pertukaran gear automatik atau manual menerusi suis pada hendal.

Kedua-dua varian turut dilengkapi enam mod tunggangan iaitu Sport, Touring, Urban, Rain, Offroad dan Offroad+. Mod Offroad+ merupakan tetapan baharu yang sesuan untuk laluan lebih mencabar. Selain itu model ini turut dilengkapi sistem elektronik seperti Throttle By Wire, Honda Selectable Torque Control (HSTC) tujuh tahap, Wheelie Control dan sistem ABS yang dioptimumkan untuk kegunaan atas jalan raya serta offroad.

Honda menggunakan kerangka keluli semi-double cradle baharu bersama lengan ayun aluminium yang masing-masing menerima penambahbaikan sehingga mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 1.4kg. Kedudukan tangki bahan api tambahan di bawah pelana turut membantu merendahkan pusat graviti dan memusatkan agihan berat. Bagi versi transmisi manual, berat keseluruhan motosikal adalah 228kg manakal DCT 239kg.

Sistem transmisi pada model ini telah dipertingkatkan bagi keupayaan di laluan offroad menerusi fork hadapan Showa USD 49mm jenis closed-cartridge yang boleh dilaraskan sepenuhnya dengan jarak travel 240mm. Suspensi belakang Showa Pro-Link pula menawarkan jarak travel 230mm. Kelegaan bumi turut ditingkatkan kepada 260mm manakala ketinggian tempat duduk boleh dilaraskan antara 870mm hingga 890mm. Rim jenis jejari disaluti dengan tayar tanpa tiub bersaiz 90/90-21 di hdapan dan 150/70-18 di belakang.

Penampilan keseluruhan jentera ini turut mengambil inspirasi daripada jentera perlumbaan Honda NXR750 yang mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dalam perlumbaan Dakar dari 1986 hingga 1989. Bahagian hadapan menampilkan lampu LED berkembar yang lebih kompak, pelindung angin bersaiz kecil dan kedudukan fender hadapan yang tinggi. Bahagian belakang pula direka lebih ringkas bagi memberikan penampilan agresif serta mengurangkan komponen yang tidak diperlukan ketika tunggangan off-road. Kedudukan hendal turut diubah menjadi 10mm lebih sempit, 10mm lebih tinggi dan ke hadapan. Tempat pemijak kaki pula dialihkan 20mm ke dalam serta 10mm ke belakang bagi meningkatkan kawalan ketika menunggang dalam posisi berdiri. Sementara itu, saiz tangki bahan apinya juga cukup besar iaitu 18.8 liter.

Antara kelengkapan yang ada seperti paparan info 5.7 inci yang digabungkan dengan skrin TFT boleh sentuh berwarna 7-inci. Sistem ini menawarkan paparan khas off-road bersama fungsi kompas, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara tanpa wayar. Tempoh permulaan sistem paparan juga dipendekkan sekitar 70 peratus kepada hanya lima saat. Kemudahan lain termasuk soket USB Type-C, suis kawalan bar hendal sebelah kiri berlampu, Honda SMART Key, Cruise Control, pelindung tangan dan Emergency Stop Signal (ESS). Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports 2027 akan ditawarkan dalam warna eksklusif Extreme Red. Dari segi harga masih belum diumumkan. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Artikel berkaitan

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.