RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

4 November 2026

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Yamaha secara rasminya melancarkan skuter adventure terbaru iaitu RW750 dan RW350. JENntera berimej lasak ini menggabungkan DNA Off Road daripada siri Tenere dan pada masa yang sama menawarkan praktikaliti sebuah skuter premium.

RW700 disempurnakan dengan enjin 689cc dua silinder CP2, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 68hp dan tork 65 Nm dengan sistem pacuan rantai yang terbukti lasak.

Sistem transmisi Y-AMT adalah ciri-ciri terbaru yang membolehkan kita menggunakan kotak gear automatik/manual 6-kelajuan jenis butang pada hendal.

Untuk ketangkasan di laluan Off-Road, model baru ini dilengkapi dengan fork hadapan USD 41 mm dan penyerap hentak belakang jenis tunggal.

RW700 ini juga hadir dengan pelbagai sistem elektronik menarik seperti Mod Tunggangan termasuk mod Gravel (Explore & Explore+), Auto Cruise, Sistem ABS, Sistem Traction Control,  dan Sistem Sambungan Telefon Pintar.

Setiap talaan boleh dilakukan menerusi paparan TFT 5 inci dengan navigasi Garmin, sistem Smart Key, lampu LED penuh, dan ruang bawah tempat duduk yang boleh memuatlan helmet full-face.

Selain varian standard, Yamaha turut memperkenalkan varian premium iaitu RW700 Explore yang dilengkapi suspensi boleh laras, pemanas pemegang tangan (heated grips), dan tongkat tengah.

Harga rasmi masih belum diumumkan, namun ia dijangka bakal menggegarkan pasaran skuter crossover global tidak lama lagi. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.