Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

Suzuki Malaysia hari ini melancarkan Suzuki SV-7GX, sebuah motosikal crossover kelas pertengahan yang menggabungkan karakter sporty SV650 dengan keupayaan serba boleh untuk pelbagai jenis perjalanan.

Majlis pelancaran model baru ini telah disempurnakan oleh Datuk Azman bin Adam, Ketua, Pengarah Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dan Mr. Takashi Ise, Pegawai Pengurusan dan Pengurus Besar Eksekutif, Operasi Motosikal, Suzuki Motor Corporation, Jepun.


SV-7GX direka untuk memenuhi keperluan penunggang yang ingin sebuah jentera selesa untuk tugasan harian, kembara jarak jauh dan laluan-laluan berselekoh di hujung minggu.
Model baru ini dikuasakan oleh enjin 645cc, sistem penyejuk cecair, 90 V-kembar yang berkuasa 73hp (54 kW) pada 8,500rpm dan tork 64Nm pada 6,900rpm.

SV-7GX dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), yang menawarkan pelbagai teknologi bagi meningkatkan kawalan, kemudahan dan keyakinan penunggang. Ia terdiri daripada:
- Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), yang membolehkan penunggang memilih karakter penyampaian kuasa bersesuaian dengan keadaan jalan dan pilihan tunggangan.
- Suzuki Traction Control System (STCS) dengan tiga mod pilihan
- Bi-directional Quick Shift System, membolehkan pertukaran gear naik dan turun tanpa menggunakan klac
- Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist, membantu menghasilkan proses menghidupkan enjin dan pergerakan pada kelajuan rendah
- Paparan TFT berwarna penuh 4.2 inci dengan Suzuki Ride Connect
- Port USB
Saiz tayar hadapan ialah 120/70 ZR17 M/C manakala di belakang 160/60 ZR17 M/C (69W), tubeless (Pirelli Angel GT II)
Suzuki SV-7GX ini ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Pearl Brilliant White / Metallic Triton Blue, Pearl Mat Greige, Glass Sparkle Black dan Pearl Brilliant White. RR



_1.jpeg)











