RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 November 2026

SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

Kami kini berada di ibu pejabat SWM Motorcycles di Chongqin, China untuk melihat dan menunggang uji beberapa buah model yang bakal dilancarkan ke pasaran negara tahun depan.

Salah satu daripadanya ialah SWM Temax 160, sebuah moped/kapcai yang pastinya menarik perhatian para peminat motosikal dengan reka bentuk yang sporty dan moden. Temax 160 ini sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah jentera yang bergaya serta praktikal untuk kegunaan harian.

Dari segi penampilan, SWM Temax 160 mempunyai reka bentuk yang menyerlah dan agresif. Model ini didatangkan dengan enjin 155cc, silinder tunggal, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 17.4hp dan tork 13Nm yang dirasakan cukup mantap ketika memecut di dalam gear-gear pertengahan.

Pakej lampu semuanya jenis LED, disepadankan dengan panel meter digital berwarna penuh. Ketika menguji model ini di kawasan yang disediakan, kami sukakan sistem transmisi 6-kelajuan yang cukup lancar.

Posisi menunggang juga selesa, kedudukan tempat pemijak juga sesuai untuk semua jenis penunggang. Tayar hadapan bersaiz 90/80-17 manakala di 120/70-17 yang dipadankan dengan brek-brek cakera dan rim 'tanduk rusa'.

Pelananya setinggi 815mm dan berat keseluruhan untuk model ini ialah 135kg dengan tangki bersaiz 7 liter. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

  • Dari Litar

    Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

  • Model Baru

    SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

  • Model Baru

    HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

  • Model Baru

    Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

Artikel berkaitan

Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

KYMCO CV-X45: Skuter 'Adventure Crossover' Serba Baru

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Konvoi PETRONAS Sprinta 2026 Himpun Lebih 700 Penunggang!

Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2026 yang masuk tahun keempat penganjuran mencatatkan penyertaan paling ramai setakat ini apabila lebih 700 penunggang.

Model Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Zontes 552H sah masuk Malaysia Suku Tahun Kedua 2027.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.