RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 November 2026

HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

Industri permotoran global sekali lagi dikejutkan apabila Honda memperkenalkan model V3R900 E-Compressor versi pengeluaran (production) di pentas EICMA 2026, Milan.

Selepas dipamerkan sebagai model konsep sebelum ini, jentera dengan gaya "Non-Rail Roller Coaster" sudah bersedia menarik minat jutaan pencinta dua roda melalui gabungan kejuruteraan klasik dan teknologi masa depan.

Ya...V3R900 baru ini hadir dengan enjin V3 75-darjah dan E-Compressor yang pertama di dunia. Konfigurasi enjin V3 900cc, empat lejang, sistem penyejuk cecair dengan sudut 75 darjah (dua silinder di hadapan dan satu silinder di belakang). Susunan ini mengimbau kembali nostalgia jentera legenda 2 lejang era 80-an seperti Honda NS400R tetapi kini dilahirkan semula dengan enjin 4 lejang yang lebih moden.

Honda V3R900 E-Compressor tampil dengan gaya yang cukup garang dan semestinya memberi tumpuan kepada aerodinamik. Saluran udara di sebelah kanan menempatkan penapis udara, manakala saluran di sebelah kiri berfungsi untuk menyejukkan unit ECU.

Model ini didatangkan dengan  tangki bahan api dan sistem paip ekzos yang diperbuat daripada titanium. Honda ini juga hadir dengan panel meter jenis TFT berserta sistem Honda RoadSync. V3R baru ini padat dengan sistem elektronik terdiri seperti Mod Tunggangan, Traction Control, Sistem ABS, sistem Navigasi, Audio dan lain-lain.

Antara ciri-ciri menarik yang lain ialah Lengan Ayun Tunggal, Fork jenis USD Warna Emas dan kerangka jenis Trellis. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

  • Dari Litar

    Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

  • Model Baru

    SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

  • Model Baru

    Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

  • Warta Roda

    SWM 255XT Dijangka Ke Pasaran Negara Suku Kedua 2027 - Bawah RM20K

Artikel berkaitan

Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

KYMCO CV-X45: Skuter 'Adventure Crossover' Serba Baru

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

uzuki Malaysia hari ini melancarkan Suzuki SV-7GX, sebuah motosikal crossover kelas pertengahan yang menggabungkan karakter sporty SV650 dengan keupayaan serba boleh untuk pelbagai jenis perjalanan.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Boon Siew Honda Bantu 193 Murid SK Nibong Tebal Menerusi Program Ride to Reach

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) sumbang 15 unit komputer riba kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Nibong Tebal, Pulau Pinang.