RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

17 Disember 2020

Perlumbaan Cub Prix 2020 Disambung Semula!

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah memberi kelulusan bagi meneruskan penganjuran Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS secara tertutup bermula 18 hingga 24 Disember 2020 di SIC.

Kalendar terkini sememangnya sedikit berbeza dari yang biasa, di mana empat pusingan terakhir musim 2020 akan disempurnakan menerusi enam hari perlumbaan secara berturut-turut di Litar Antarabangsa Sepang Utara.

Kalendar untuk separuh kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 adalah seperti berikut:

Pusingan 5 & 6 (Sepang Utara): 18 hingga 20 Disember 2020
Pusingan 7 & 8 (Sepang Utara) 22 hingga 24 Disember 2020

“Jadual perlumbaan sebegini sememangnya amat membebankan pasukan dan pelumba. Namun, semua pasukan telah bersetuju bahawa ini adalah cara paling selamat untuk menamatkan musim ini,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd selaku penganjur perlumbaan.

“Semoga kelulusan yang diberikan ini menjadi sinar agar sektor sukan dapat dibuka semula seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan dan Menteri Belia dan Sukan. Yang pastinya, warga Cub Prix akan mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku.”

Demi memastikan pematuhan SOP, keempat-empat pusingan terakhir ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).