RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

21 April 2021

Suzuki Sambung Kontrak MotoGP Sehingga 2026

Sukacitanya Dorna Sport mengumumkan persetujuan dari pihak Suzuki Motor Corporation untuk terus menyertai saingan MotoGP dari tahun 2022 hingga 2026.

“Kami di Suzuki Motor Corporation akan terus menyertai perlumbaan tersohor dunia ini sebagai satu langkah cabaran untuk mengukur kemampuan kami bersaing dengan para pengeluar motosikal lumba lain di dunia. Kami memulakan perjalanan ini pada tahun 2015 dan hanya dalam masa enam tahun, kami berjaya meraih kemenangan mutlak takhta juara dunia termasuklah dalam kategori pasukan. Kami masih dahagakan kejayaan dan oleh kerana ini, kami menyambung perjanjian bersama pihak Dorna,” kata Ketua Projek & Pengarah Pasukan, Shinichi Sahara.

Dua juara dunia dari pasukan Suzuki iaitu Kevin Schwantz 'kiri' & Ernst Degner.
Dua juara dunia dari pasukan Suzuki iaitu Kevin Schwantz 'kiri' & Ernst Degner.

Sejarah perlumbaan pasukan Suzuki bermula pada tahun 1960 dengan penyertaan pertama mereka di perlumbaan Isle of Man dan tahun lalu, jenama motosikal yang berasal dari Hamamatsu, Jepun ini menyambut ulangtahun ke 100 mereka. Keputusan pihak Suzuki untuk bersama MotoGP adalah satu berita yang mengembirakan lebih-lebih lagi setelah menikmati musim yang sangat cemerlang pada tahun lalu menerusi pasangan hebat Joan Mir dan Alex Rins. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia