RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

19 Mei 2022

Big Bike Pitstop Dirasmikan Di Ipoh

Bandaraya Ipoh yang tenang akan digegarkan dari Mei hingga Oktober 2022 dengan pelancaran program BigBike Pitstop yang mempamerkan produk terbaru daripada jenama-jenama motosikal terkenal seperti Harley-Davidson, Aprilia, Vespa, Royal Enfield.

Para pencinta motosikal bukan sahaja berpeluang melihat malah menunggang uji model-model terkini yang terdapat di pasaran. Kumpulan-kumpulan motosikal dari seluruh Semenanjung Malaysia seperti Kumpulan Pemilik Harley, Kelab Vespa Malaysia, Kelab Pemilik Ducati Malaysia, Kelab Aprilia Malaysia dll akan hadir untuk memberi sokongan terhadap acara ini.

Big Bike Pit Stop telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, YBhg Dato' Rumaizi Bin Baharin bersama-sama Pengarah Urusan Kumpulan Didi, Encik Goh Kian Sin. Bersempena dengan penganjuran acara tersebut ialah pelancaran model terbaru Royal Enfield 2022 seperti lnterceptor, Continental GT, Himalaya termasuklah pelancaran Aprilia RSV41100 Faktory.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meneroka dan mewujudkan hab motosikal di Ipoh ini seperti The Gasket Lorong di Petaling Jaya. Tujuan ianya dianjurkan ialah untuk mencipta momentum dan keterujaan sega;a yang berkaitan dengan dunia motosikal di sini, “ kata En. Goh Kian Sin, Pengarah Urusan, Didi Group.

Beliau juga menambah, “Bandaraya Ipoh bukanlah asing buat Kumpulan Didi kerana kami telah pun mempunyai perwakilan jenama auto seperti Lexus, VW, Audi, Proton dan lsuzu.” RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700