RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

12 Disember 2024

MUD 452: Jentera Off-road Terbaru dari Mondial...

FB Mondial merupakan jenama yang diasaskan di Milan, Itali pada tahun 1929 yang lalu dan pernah mengungguli dua perlumbaan di antara tahun 1949 hingga 1957.

Bintang FB Mondial paling baru ialah Mud 452, sebuah jentera lasak 'offroad' yang menawarkan rekabentuk unik, menarik dan pada masa menawarkan tunggangan selesa di lebuhraya.

Jentera pengembaraan bersaiz kecil ini dikuasakan oleh enjin silinder berkembar terbitan CFMOTO. Direka oleh Rodolfo Frascoli, seperti Piega 452, Mud 452 menampilkan rupa yang unik dan eksklusif.

Madgad hadapannya direka tinggi dan rekabentuk bagai jentera rally pada Mondial ini memang bercirikan citarasa penunggang Eropah. Dengan tangki bahan api 17.5 liter dan penggunaan bahan api 3.4 l/100 km, ia menjanjikan purata penggunaan bahan api seperti jentera Dakar sebenar.

Panel luar sebahagian besarnya meliputi bingkai manakala ketinggian tempat duduknya ialah 890 mm. Namun begitu, posisi menunggang tegak dan natural, selesa untuk tunggangan jarak jauh.

Enjin 450cc, silinder kembar ini menawarkan hantaran kuasa tertinggi 48hp dan tork 39.1Nm yang menjanjikan tenaga yang memberikan

Untuk memastikan perjalanan di laluan sukar tidak berdepan dengan masalah, Mondial ini dilengkapkan dengan fork hadapan jenis USD 43mm yang dipadankan dengan lengan ayun + penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Mud 452 boleh didapati di pasaran mulai Mei 2025. RR

Spesifikasi ringkas:

  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Tayar hadapan: 90/90-21
  • Tayar belakang: 150/70-18
  • Sistem bahan api: suntilkan bahan api elektronik

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.