RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

24 Februari 2025

PETRONAS Sprinta Kini Rakan Ducati Official Club Malaysia

Ducati Official Club Malaysia (DOCM) menjayakan perhimpunan terbesar DUCATI di asia sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-8, menandakan satu pencapaian penting dalam legasi kelab sejak penubuhannya pada tahun 2016. AGM ini menghimpunkan ahli DOCM dan peminat tegar jentera Ducati untuk membincangkan pencapaian kelab, hala tuju, serta inisiatif masa depan.

Ahli DOCM menjangkau seramai 1600 orang bernaung dibawah 13 wings / chapter, masing-masing mewakili kawasan dan model Ducati. DOCM menjadi kelab yang berprestij tinggi, dan dipercayai oleh seluruh peminat DUCATI di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Hishamuddin Md Sani, Presiden DOCM 2024, yang berkongsi perkembangan kelab sepanjang tahun lalu, aktiviti, kerjasama, dan perkongsian strategik. Satu sorotan utama AGM tahun ini ialah pengumuman PETRONAS Sprinta sebagai rakan strategik utama DOCM bagi tahun 2025, kerjasama yang menarik yang akan meningkatkan lagi taraf DOCM dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai komuniti DUCATI terkemuka di Malaysia dan Asia.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai tetamu terhormat.

Perhimpunan Tahunan hari ini berjaya mengumpulkan sebanyak 301 buah motorsikal jenama DUCATI pelbagai model. DOCM menganjurkan acara ini setiap tahun, mengukuhkan reputasinya sebagai platform utama bagi peminat Ducati untuk berhubung, berkongsi pengalaman, dan meraikan minat mereka terhadap jenama ini.

“DOCM terus berkembang sebagai komuniti penunggang Ducati yang unggul di Malaysia, hasil sokongan tidak berbelah bahagi daripada ahli dan rakan kongsi kami. Kami komited untuk terus membangunkan kelab ini, memperkukuh semangat kekeluargaan, serta mempromosikan pengalaman menunggang yang selamat dan mengujakan untuk semua peminat Ducati,” kata Presiden 2025 Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) menyatakan kegembiraannya mengenai kerjasama baru ini: “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan DOCM dan menjadi rakan utama mereka untuk tahun 2025. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kehadiran jenama kami dalam komuniti dua roda tempatan dan menunjukkan kualiti unggul produk PETRONAS Sprinta. Melalui kerjasama ini, kami berhasrat untuk menyokong komuniti Ducati sambil memperkukuhkan penembusan produk buatan Malaysia kami di pasaran domestik.”

Melangkah ke hadapan, DOCM merancang untuk menganjurkan lebih banyak acara eksklusif, konvoi, serta kerjasama antarabangsa bagi meningkatkan kehadirannya di peringkat global. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.