RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

2 September 2025

Polis kesan penunggang motosikal, seorang warga asing larikan diri selepas melanggar kereta

Tindakan seorang penunggang motosikal dipercayai warga asing yang melarikan diri selepas melanggar sebuah kereta dalam kemalangan di ibu kota baru-baru ini mengundang padah apabila dia kini berjaya dikesan pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun pada 30 Ogos lalu.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam pada 29 Ogos di simpang empat lampu isyarat Jalan Kuchai Lama apabila motosikal terbabit melanggar bahagian hadapan kereta milik mangsa.

“Semakan awal mendapati motosikal itu berdaftar atas nama seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun.

“Namun, sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat oleh pemilik motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan pemilik motosikal tersebut bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang individu bertindak melarikan diri dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta di ibu kota baru-baru ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.