RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 18 September 2020

YAMAHA R25 Bila Hati Berjiwa VR46

Setiap pencinta dua roda pasti inginkan sebuah motosikal yang cantik supaya dapat menarik perhatian orang-orang di sekeliling. Memang sangat mengujakan apabila ada orang bercerita tentang jentera milik kita setiap kali mereka memandangnya. Bukan mudah untuk mencipta sesuatu yang baru pada jentera kita. Bintang Bulan Ini, Vijaindra Subramani dari Pulau Pinang yang gemarkan makanan western, berumur 41 tahun, sudah berkahwin dan kini memiliki seorang cahaya mata. Beliau lebih dikenali sebagai Vijay VR46 di kalangan  rakan-rakannya kerana dia merupakan seorang yang sangat minat pada pelumba lagenda dalam dunia MotoGP iaitu Valentino Rossi.

“Sejak kecil lagi saya minat pada Rossi. Dia sangat terkenal di seluruh dunia. Sebut sahaja ‘VR46’ ataupun ‘The Doctor’ pasti sudah ramai yang mengenalinya. Saya tidak pernah ketinggalan langsung untuk menyaksikan prestasinya di televisyen pada setiap perlumbaan MotoGP. Apabila beliau datang ke Malaysia, saya tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya.”

Sememangnya dunia motosikal disukai Vijay sejak muda lagi. Menurut beliau, bermotosikal ini sangat seronok kerana dapat berhibur dan bersiar-siar. Selain berkonvoi bersama rakanrakan, beliau juga amat meminati aktiviti berbasikal dan lumba lari di masa lapang.

Pengalaman yang masih tidak dapat beliau lupakan adalah pada 12 tahun lalu. Vijay yang dari Singapura ingin pulang ke Pulau Pinang hampir terlibat dalam satu  kemalangan apabila tiba di Nilai. “Ketika saya tengah menunggang jentera Kawasaki Ninja 750 secara tiba-tiba ada sebuah kereta yang hilang kawalan dan berpusing. Pada masa itu, saya sangat terkejut kerana ianya betul-betul berlaku di hadapan saya. Mujurlah ketika itu saya sempat mengelak daripada terlanggar kereta tersebut.”

Motosikal pertama yang beliau naiki adalah jentera model Yamaha Y70 milik bapa saudaranya yang hanya ditunggang di sekitar kawasan rumah. “Model ini memang sangat mudah untuk dipacu, cepat dan amat menjimatkan penggunaan bahan api. Sejak berumur 8 tahun saya sudah pandai menunggang motosikal sedikit. Ketika berumur 12 tahun saya mula mahir dengan penggunaan motosikal berklac,” kata Vijay sambil ketawa.

Beliau pernah memiliki sebanyak 16 jenis jenama motosikal antaranya Yamaha RXS, TZM, Cagiva Mito 125, Kawasaki Vulcan, Ninja 750, Ninja 400,  Kips 150, KR 150, Honda CBR900 Fireblade, Yamaha R6, Kawasaki Ninja 250, skuter, Honda EX5, Yamha 135LC, Lagenda dan R25. Kesemua jentera yang pernah beliau miliki sudah dijual, kini yang tinggal hanyalah model R25.

Timbulnya idea untuk membuat pengubahsuaian sejak beliau memiliki jentera R25. “Ketika model ini diperkenalkan pada tahun 2014, saya mula jatuh cinta dengan rekaannya yang sangat menarik. Jentera ini memiliki penampilan yang cantik, sporty dan bergaya sekali apabila ditunggang. Model ini juga memiliki rupabentuk seakan-akan sebuah jentera perlumbaan.

Model yang asalnya berwarna biru/silver ini dibeli pada tahun 2017. Pada tahun yang sama itulah saya mula mengubahsuai jentera tersebut.”

Proses pertama adalah menukar corak grafik yang asal kepada yang baru. Disebabkan beliau antara peminat Rossi, Vijay telah memilih grafik model Yamaha YZR-M1 Movistar 2017 yang ditunggang Rossi dalam perlumbaan MotoGP untuk diserasikan pada jentera miliknya. Di setiap badan motosikalnya beliau turut menampalkan stiker bernombor ‘46’, iaitu nombor perlumbaan Rossi.

Vijay telah membeli stiker Movistar berkualiti tinggi untuk dilekatkan pada R25nya. Proses pemasangan sangat memerlukan tenaga kerja yang mahir supaya proses tersebut dapat dilakukan tanpa sebarang masalah. Jika tersilap sedikit pasti stiker tersebut akan terkoyak, mengembung dan mudah tercabut. Walaupun nampak mudah, ianya telah memakan masa selama tiga hari untuk disiapkan pada keseluruhan badan motosikalnya.

Enjin pada jenteranya masih dikekalkan yang asal. Untuk mendapatkan bunyi ekzos yang lebih garang, Vijay telah menukar ekzosnya kepada ekzos Leo Vince yang lebih kuat bunyinya. “Apabila sudah siap pasang ekzos baru, saya terus hidupkan motosikal dan bunyi yang terhasil menepati citarasa saya.”

Vijay telah mengubahsuai pelana di bahagian belakang. Ruang tempat duduk hanya disediakan untuk penunggang sahaja. Penutup pelana belakang sangat mudah untuk dipasang hanya diikatkan denga dua skru sahaja. Jenteranya tampak lebih menarik dengan menambah beberapa aksesori lain seperti, penyejuk minyak enjin, lampu isyarat yang lebih kecil, tuas brek dan klac, lampu belakang dan voltmeter.

Tayar Michelin Pilot Street Radial 150/60-17 (belakang)  telah dipadankan pada jentera Vijay. Beliau memilih tayar Michelin kerana memiliki cengkaman yang cukup kuat tidak kira di permukaan kering mahupun basah. “ Saya sangat berpuas hati menggunakan tayar ini. Ia dapat bekerja dengan sempurna sekali ketika membelok. Saya dapat mengambil setiap selekoh dengan mudah dan selamat. Ditambah pula dengan sistem saspensi hadapan boleh laras dapat menyerap segala hentakan dengan baik sekali.”

Selepas berbelanja sekitar RM2,140 melalui pelbagai proses selama 7 bulan secara berselang, rupabentuk baru R25 miliknya ternyata memang lain daripada yang lain, seperti jentera MotoGP. Pelbagai maklum balas positif yang diterima daripada rakan-rakannya. Menurut Vijay yang idamkan sebuah jentera Yamaha YZF R1M, dia akan terus menyimpan motosikal ini dan tidak akan dijual kepada sesiapa walaupun ada yang menawarkan harga yang tinggi. Tidak boleh dinafikan bahawa beliau memang sangat sayangkan jenteranya selepas berusaha membuat penampilan yang baru. RR

Isu Pada

September 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.