RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Oktober 2026

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini dengan pelbagai aksi perlumbaan bertaraf dunia serta aktiviti menarik buat peminat sukan permotoran. Edisi kali ini turut menyaksikan pelumba negara iaitu Hakim Danish yang bakal membuat penampilan sulung di Grand Prix Malaysia sebagai pelumba Kejuaraan Dunia Moto3™.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-35 penglibatan Malaysia dalam Kejuaraan Dunia MotoGP™ sejak 1991 manakala Litar Antarabangsa Sepang menjadi gelanggang rasmi perlumbaan tersebut sejak 1999. MotoGP™ Malaysia terus memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi utama sukan permotoran dan pelancongan sukan, selain membuka peluang ekonomi serta memberi inspirasi kepada generasi pelumba muda tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata MotoGP™ Malaysia terus menerima sambutan menggalakkan apabila seramai 190,977 penonton hadir pada edisi 2025. Bagi edisi tahun ini, SIC menyasarkan kehadiran seramai 200,000 pengunjung, dengan 80 peratus tiket dilaporkan telah terjual setakat ini. Kategori Premier Seat dan Hakim Danish Tribune juga telah habis dijual. Menurutnya, kejayaan bersejarah Hakim Danish meraih kemenangan dalam perlumbaan Moto3™ serta podium sulung Kejuaraan Dunia menambahkan lagi keterujaan menjelang perlumbaan di Sepang.

Selain aksi di litar, MotoGP™ Malaysia 2026 turut menawarkan pelbagai aktiviti bagi mendekatkan peminat dengan sukan permotoran dan pelumba kegemaran mereka. Antara yang dijadualkan ialah Public Pit Lane Walk dan sesi autograf, Night Track Tour, Moto2™ & Moto3™ Hero Walk, MotoGP™ Hero Walk serta Grid Walk. Zon Peminat MotoGP turut menampilkan persembahan pelajar sekolah dan universiti, selain hiburan muzik serta aktiviti interaktif sepanjang tiga hari penganjuran. Peminat juga berpeluang memenangi motosikal daripada Aprilia, Lambretta dan Kedai Motor Sam Lim menerusi pemberian hadiah bagi kategori tiket terpilih.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata MotoGP™ Malaysia merupakan kebanggaan negara yang mampu merancakkan sektor pelancongan, mewujudkan peluang ekonomi dan memberi inspirasi kepada golongan muda. Kerajaan turut komited memperluas akses kepada sukan permotoran serta melahirkan pelapis berpotensi menerusi inisiatif Tiket Rahmah dan Ekosistem Pembangunan Sukan Permotoran Malaysia (MDEV). Tiket Rahmah berharga RM49.90 bagi kawasan K2 Hillstand masih ditawarkan bagi membolehkan lebih ramai keluarga, golongan muda dan peminat menikmati pengalaman menyaksikan perlumbaan MotoGP™ pada harga berpatutan.

SIC turut menjalinkan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi memperkemas pengurusan sisa serta menggalakkan amalan bertanggungjawab dalam kalangan penonton dan pihak yang terlibat. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pengasingan sisa di punca, Trash to Gift, seni kitar semula tayar, Composting on Wheels dan program sukarelawan Hero Kebersihan yang disokong kempen Respect Our Track. Kerjasama ini juga membolehkan data berkaitan impak alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dikumpulkan bagi mengukur keberkesanan usaha berkenaan serta menjadi panduan untuk penambahbaikan pada masa hadapan.

Dengan sasaran kehadiran 200,000 pengunjung serta 80 peratus tiket telah terjual, peminat disaran mendapatkan tiket menerusi saluran rasmi di http://www.sepangcircuit.com. Kategori Premier Seat dan Hakim Danish Tribune telah habis dijual. Orang ramai juga boleh mengikuti saluran media sosial rasmi SIC untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pengumuman perlumbaan, aktiviti sepanjang minggu perlumbaan, promosi tiket dan perkembangan acara. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.