
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mencipta kemenangan berganda di Kejuaraan Ohvale Coppa Italia MiniGP yang diadakan di Litar Pomposa Comacchio , Itali baru-baru ini. Hakim yang beraksi dalam kategori GP-2 Junior sebagai pelumba wildcard juga telah memecahkan rekod terpantas litar tersebut.