RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 November 2026

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Kemunculan Zontes 552H di pentas pameran motosikal antarabangsa EICMA 2026 di Milan, Itali menjadi antara tarikan menarik menerusi pengenalan sebuah skuter maksi berkonsepkan sport yang hadir dengan enjin dua silinder. Model berkenaan dijangka memasuki pasaran Malaysia pada suku kedua 2027.

Zontes 552H merupakan sebahagian daripada siri keluarga Zontes 552 yang turut merangkumi beberapa varian lain seperti 552G, 552S dan 552Z. Setiap varian menawarkan karakter tersendiri, namun 552H tampil lebih menumpukan aspek prestasi dan pengendalian menerusi penggunaan kerangka aluminium serta dimensi yang lebih kompak.

Model ini didatangkan dengan enjin dua silinder sebaris 531cc, 4-lejang bersama sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa 46.9hp pada 7,250rpm dan tork sekitar 56Nm pada 5,500rpm. Enjin pada skuter ini dipadankan dengan transmisi jenis CVT bagi memberikan kemudahan untuk tunggangan harian. Selain itu, Zontes 552H turut mematuhi piawaian emesi Euro5+.

Zontes 552H dilengkapi kerangka jenis aluminium yang menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan. Dengan berat sekitar 185kg menawarkan pengendalian yang lebih lincah terumata di kawasan urban. Sistem brek terdiri daripada cakera berkembar 310mm di hadapan dan cakera tunggal di belakang.

Antara kelengkapan lain seperti paparan mete TFT, fork USD, penyerpap hentak belakang monoshock, lampu-lampu LED, dashcam depan & belakang, tinggi pelana 760mm, tayar hadapan 120/70R15, tayar belakang 160/60R15, tangki bahan api 15 liter, ABS dua saluran, sistem kunci pintar, cermin penghadang angin boleh laras secara automatik, traction control dan cruise control.

Zontes 552H dijangka menjadi antara model yang menarik dalam segmen skuter maksi apabila memasuki pasaran Malaysia pada suku kedua 2027. Walaubagaimanapun, harga jualan serta spesifikasi khusus untuk pasaran tempatan masih belum diumukan. Namun, pihak Zontes Malaysia menyatakan harga mungkin dibawah RM40k. RR

Popular

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Artikel berkaitan

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.