RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 10 Disember 2018

BENELLI RFS 150i Memberi Kepuasan Ketika Menunggang!

Dengan kemunculan Benelli RFS150i pasti memberikan saingan kepada jenama motosikal lain di Malaysia terutamanya dalam dunia pasaran. Ketika dilancarkan pada April lalu, ia adalah model moped pertama di negara ini yang menggunakan tiga palam pencucuh. Menurut pihak Benelli, Sistem B3SP '3-Spark' yang baru ini adalah sebab utama enjin RFS150i begitu fleksibel.  Sistem ini akan menjadikan semua bahan api yang berada dalam kebuk pembakaran dibakar dengan sempurna, memaksimumkan kuasa, menjadikan enjin bersuhu rendah dan mengurangkan pelepasan gas emisi ekzos. Jentera ini pasti dapat menarik perhatian umum

.

RFS150i mampu memberikan kepuasan kepada kami ketika menunggang. Dari segi rekabentuk jentera ini juga mantap dan cantik jika dilihat. Model RFS turut menerima pengiktirafan oleh Benelli Itali menerusi pelancaran produk terbaik 2017.

Enjin yang bersesaran 149.8cc SOHC dengan kehadiran tiga palam pencucuh menawarkan kuasa maksimum 11.3kW (15.5hp) pada 8,500rpm dan tork maksimum pada 13Nm pada 7,000rpm. Benelli ini mampu memecut dengan cukup pantas sekali. Tindak balas antara pendikit dan kuasa enjin sentiasa ingin membuatkan kita untuk memulas lebih lagi pendikitnya. Bunyi pada sistem ekzos memang cukup mantap. Apabila menunggang pada gear rendah bunyi yang keluar senyap didengar. Sebaik sahaja memulas pendikit dengan lebih kuat, akan kedengaran bunyi garang yang terhasil pada model ini.

Apabila masuk sahaja lebuh raya, kami tidak sabar memecut dengan laju untuk menguji kelincahan jentera ini. Pulas sahaja pendikit kami mula merasakan RFS ini dapat pergi dengan lebih laju. Dengan posisi menunggang yang menegak model ini masih mampu mencapai kelajuan sehingga 125kmj. Tunduk kepala sedikit untuk mendapatkan laluan udara terbaik ketika mendapatkan kelajuan tertinggi iaitu 130kmj.

Kuasa tolakan yang hadir di setiap kedudukan gear dapat memuaskan hati kami walaupun prestasi pada awalnya agak mengecewakan. Satu lagi yang ingin disimpulkan, RFS150i seperti kekurangan kuasa sedikit apabila ingin mendaki bukit tinggi. Kadang-kadang kita perlu menggunakan gear yang paling rendah untuk mendaki laluan yang agak tinggi. Apa pun, prestasinya di ja lanan biasa tidak perlu diragu lagi... pendikitnya yang lembut dan tindak balas enjin yang tepat cukup mengujakan kami untuk terus menunggang. Sistem klac pada model ini pendek untuk diguna. Bagi yang tidak biasa mesti sukar untuk menunggang jentera ini.

“Wow... seronok juga menunggang jentera ini di jalan berselekoh!” Kata-kata yang keluar dari hati kami. Selain itu, model Benelli ini dilengkapi fork hadapan teleskopik jenis terbalik bersaiz 88mm (travel) menambah lagi keseronokan untuk ditunggang dan menyerap setiap hentakan dengan cemerlang. Apa yang kami tahu model ini mungkin merupakan jentera moped 150cc pertama di Malaysia yang menggunakan fork jenis terbalik.

RFS150i dikemaskan dengan tayar bersaiz 70/90-17 untuk tayar hadapan dan tayar belakang bersaiz 120/7017 yang memberikan keyakinan ketika membelok di selekoh-selekoh tajam. Langsung tidak terasa seperti membuang, ia memberi gigitan di atas permukaan jalan dengan cukup sempurna sekali setiap kali jentera ini dimiringkan.

Dengan berat badan 115kg, kita dapat merasakan jentera tersebut amat stabil ketika ingin memecut laju dan sewaktu ingin membelok ke kiri atau ke kanan ketika mahu masuk atau keluar selekoh. Kita tidak akan merasakan tubuh badan jentera ini bergoyang.

Benelli RFS150i tambah meyakinkan lagi dengan adanya sistem brek cakera dua piston (depan) dan brek cakera satu piston (belakang) bertindak dengan cukup baik sekali. Jika kita ingin cengkaman yang menakjubkan tarik dan tekan sahaja tuas breknya.

Rekaan panel meter menunjukkan putaran analog, penunjuk bar minyak, tahap kelajuan digital, trip perjalanan dan juga penunjuk gear. Ia juga mempunyai butang untuk menukar trip A dan juga trip B. Terdapat ruangan kecil untuk menyimpan barangan kecil di sebelah kiri hendal. Model ini boleh dikatakan agak tinggi juga untuk sebuah moped dengan kelegaan bumi 160mm. Bagi yang berkaki panjang tidak jadi masalah. Tetapi yang berkaki pendek mungkin sukar menjejak permukaan tanah dan penunggang perlu menjengketkan kaki sedikit.

Ruang antara bar hendal dan penunggang agak luas. Ini memberi kemudahan kepada penunggang untuk memacunya dengan selesa. Para penunggang akan dapat membelok dan membuat pusingan 'U' dengan mudah sekali.

Di bahagian bar hendal sebelah kiri terdapat suis untuk memberi isyarat, hon dan posisi lampu utama (rendah atau tinggi). Di sebelah kanan pula tersedia suis penghidup enjin dan pemberi isyarat kecemasan (double signal). Semasa menunggang kami sering kali keliru kedudukan suis pemberi isyarat dan hon. Apabila ingin memberi isyarat pasti tertekan suis hon. Bagi penunggang yang sudah biasa pasti tidak jadi masalah.

Langit mula membiru selepas hampir dua jam hujan membasahi bumi, kami bermain di kawasan kampung lalu kami teruskan perjalanan ke Pantai Remis, Jeram untuk menikmati tiupan angin. Setiap hari cuti, kawasan pantai sudah pasti menjadi destinasi pilihan orang ramai termasuk rakan-rakan penunggang motosikal. Seperti yang dijangka, jentera ini ternyata dapat menarik perhatian ramai lagi-lagi pada golongan muda.

Sememangnya model ini mempunyai rekabentuk yang lawa. Ramai yang berkongsi pendapat pada bahagian lampu belakang RFS ini memang cantik. Dihadirkan juga lampu LED di fairing
hadapan, signal dan belakang yang menambah lagi kesempurnaan jentera ini.

Model Benelli terus cemerlang sekali! Sistem pancitan bahan apinya tidak mengecewakan kami dan amat menjimatkan petrol. Dengan isian penuh tangki sebesar 4.8 liter jentera ini dapat pergi sejauh 140 hingga 150 kilometer.

Model RFS150i ditawarkan pada harga RM6,988 (tidak termasuk GST) dengan tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning. Manakala bagi model SE didatangkan dengan warna Matte Grey pada harga RM7,388 (tidak termasuk GST). Harga pun amat berpatutan! Jika anda ingin merasa sendiri prestasinya marilah singgah ke pusat pengedar Mforce Bike Holdings Sdn Bhd yang berdekatan dengan anda. RR

Isu Pada

Januari 2018

Spesifikasi

Enjin4 lejang, SOHC, penyejukan cecair, 3-spark, Electronic Fuel Injection DELPHI
Isipadu149.8 cc
Gerek x Lejang57.0 x 58.7 mm
Nisbah mampatan11.3:1
Kuasa maksimum11.3 kW pada 8,000 rpm
Tork maksimum13Nm pada 7,000 rpm
Tinggi pelana800 mm
Isi Tangki4.8 liter
Berat115 kg
PengedarMforce Bike Holding Sdn Bhd

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.