Kekuatan enjin Superquadro L-Kembar, desmodromic dengan sistem penyejuk cecair yang berada di bawah kita (penunggang) memang jelas terasa dan diperakui walaupun masih dalam kelajuan sifar. Gegar-gegaran 'nakal' jentera ini sewaktu kita menikmati putaran enjinnya memang memuaskan hati.

Berbanding dengan model terdahulu, fairing sisi Single R baru ini tampak lebih kemas dan sudah semestinya pandangan sisi ini diperhebatkan dengan sistem ekzos Akrapovic HP Titanium yang memiliki identiti bunyinya yang tersendiri dan ia juga menepati regulasi Euro 4.

Model yang diuji ialah Triumph Street Triple S dan Street Triple RS. Ketika ia dilancarkan di Litar Antarabangsa Sepang tahun lalu, kami sempat juga menikmati keduadua model ini (model S untuk tiga lap, model RS untuk lima lap) – memang cukup teruja dengan prestasi, kebolehan dan betapa mudahnya ia dikawal.