
Selama 15 tahun, syarikat Triumph Motorcycles terkenal dengan koleksi klasik modennya yang terdiri daripada Bonneville, Bonneville T100, Thruxton dan Scrambler. Keempat-empat motosikal ini secara kolektifnya memperkenalkan satu gaya menunggang retro yang menjadi tarikan kepada beberapa kumpulan penunggang. Antaranya kumpulan nostalgia yang teringatkan kenderaan seperti Triumph, BSA, Norton dan seangkatan dengannya, kepunyaan mereka (ataupun ayah mereka) semasa muda. Satu lagi pula kumpulan muda-mudi hipster, dengan gaya retro mereka sendiri yang inginkan tunggangan yang mencerminkan cara hidup mereka.

Model ini diperkenalkan pada tahun 2013 dan kini, selepas tiga tahun berada di pasaran.... jentera pengembaraan paling popular di Jepun, CB500X telah diperkenalkan kembali dengan nafas serba baru. Versi terkini CB500X ini dihasil berasaskan dua 'saudara’nya iaitu model berfairing penuh, CBR500R dan model jalanan, CB500F. Seperti model sebelumnya, CB500X ini juga amat berbaloi untuk dimiliki... bak kata orang putih, value for money!

Pasaran motosikal di Malaysia sekarang ini ternyata semakin hari semakin luas. Jika dahulunya kita hanya melihat penguasaan jentera-jentera moped di jalan raya tetapi kini pemandangan itu telah jauh berbeza dengan kehadiran jentera-jentera segmen yang berlainan seperti streetbike, touring bike dan skuter. Tahniah buat Yamaha yang sememangnya antara penyumbang terbanyak jentera automatik ini dalam pasaran negara.

Lihat sahaja mesin skuter, tentunya kita tidak akan menyangka ia adalah sebuah jentera Kawasaki. Kalau dibandingkan dengan jenama dari Jepun yang lain seperti Yamaha, Honda dan Suzuki, Kawasaki adalah satu-satunya pengeluar motosikal yang hanya dikenali buat sekian lama menerusi kepakarannya dalam menghasilkan jentera streetbike, sportbike, dual purpose, enduro dan sport tourer.

Confederate merupakan motosikal butik yang sentiasa menjadi pilihan insan-insan kaya dan terkenal di USA untuk memilikinya. Antara selebriti Kelas A di Hollywood yang menunggang jentera hebat ini ialah Tom Cruise, Brat Pitt, Nicholas Cage dan juga idola muzik rock, Bruce Springsteen. Keistimewaan jentera ini tentunya datang daripada rekabentuknya yang unik dan anggun. The Confederate Motor Company telah memperkenalkan sebuah unit terbaru yang sangat mengagumkan menerusi model P51 Fighter Combat dengan gaya Art of Rebellion. Ia dikuasakan oleh enjin v-kembar, berisipadu 2,163cc dengan sistem penyejuk udara/minyak S&S X-Wedge.
Cinta Pandang Pertama... satu ungkapan yang cukup sesuai digunakan pada model yang baru ditunggang ini iaitu MV Agusta Stradale 800. Bukan kami sahaja... malah setiap kali jentera ini dimatikan enjin, pastinya ada mata yang menjeling sampai mengambil telefon pintar untuk mengambil gambar. Dalam bahasa Itali, strada bererti 'jalanan' dan pastinya Stradale merupakan sebuah jentera jalanan yang menggabungkan mesin-mesin touring, dual purpose dan sport.
Saban hari kita akan dapat melihat jenama CMC semakin digunakan oleh para penunggang motosikal di negara ini. Tahniah buat Chear Global Sdn Bhd! Selepas model retro 400cc dan model supermotard, Tekken 250... CMC kini hadir ke pasaran negara dengan memperkenalkan model terbaru Firo SK200.

Bagaimana hendak berjaya dalan pasaran Amerika? Itulah satu teka teki yang membelenggu pihak pengurusan Ducati sejak empat dekad yang lalu. Lebih tepat lagi, sejak pengeluar jentera sport Itali ini mengalami kegagalan pada tahun 1963 menerusi model 1260cc V4 Apollo Prototaip yang dihasilkan berbentuk cruiser ala Harley Davidson.
Black Douglas Motorcycle Co., dimiliki oleh Fabio, adalah sebuah syarikat pencipa jentera retro yang beroperasi kira-kira setengah jam perjalanan dari Milan, Itali. Di sana, pasukan Fabio sentiasa gigih untuk membuat replika jentera lama yang cantik dan unik bergelar 'quaint'.