RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

20 Oktober 2020

Honda Forza 750 2021 Dilancarkan di Eropah!

Honda Europe telah melancarkan skuter maksi terbaru iaitu Forza 750 didatangkan dengan rekabentuk yang mewah, selesa dan enjin yang berprestasi tinggi. Forza terbaru ini didatangkan dengan enjin silinder berkembar, 745cc yang berkuasa 43.1kW dan tork 69Nm yang menjanjikan pecutan yang mengagumkan. Untuk disesuaikan dengan pelbagai jenis tunggangan, skuter maksi ini turut dilengkapkan dengan beberapa mod tunggangan seperti Standard, Sport, Rain dan User.

Rekabentuk Forza 750 yang tegap memang sesuai untuk tunggangan dalam bandar, santai, laluan berselekoh atau pun untuk pengembaraan jauh. Posisi menunggangnya selesa, ruang meletak kaki luas, aerodinamik untuk kelajuan tinggi, ruang barangan bawah pelana yang luas, tangki yang besar (13.2 liter) dan padat dengan sistem elektronik yang canggih. Ia adalah sebuah jentera automatik yang cukup praktikal sekali.

Segala info di paparan meter jenis TFT disusun dengan kemas dan mudah untuk dibaca. Antara sistem elektronik terkini yang ditawarkan ialah Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem kunci pintar, Honda Smartphone Voice Control, Dual Clutch Transmission (DCT) dan sistem ABS.

Untuk kestabilan tinggi dan pengendalian yang mantap, penyerapan disempurnakan oleh fork hadapan 41mm jenis terbalik dan lengan ayun aluminium dengan penyerap hentak tunggal Pro-Link. Forza 750 menggunakan tayar hadapan bersaiz 120/70 R17 dan 160/60 R15 di belakang yang dikawal dengan sempurna oleh sistem brek berprestasi tinggi.

Kita berharap model ini akan dibawa masuk oleh Boon Siew Honda kerana pasaran skuter maksi kini semakin berkembang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.