RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 Oktober 2026

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasmi melancarkan Falcon 180 sempena Aveta Mega Gathering 2026 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor pada 18hb Oktober 2026. Kemunculan model ini menambah lagi pilihan buat pengguna mahukan sebuah skuter adventure yang sesuai untuk tunggangan harian.

Model ini dikuasakan enjin satu silinder 174cc, SOHC, empat injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api elektronik Bosch EFI. Falcon 180 mampu menghasilkan kuasa sekitar 18.2hp pada 8,500rpm dan tork 17.2Nm pada 6,500rpm yang turut dipadankan dengan transmisi jenis CVT.

Menariknya, Falcon 180 menggunakan fork hadapan jenis USD manakala belakang penyerap hentak berkembar dengan sub-tank. Skuter ini turut dilengkapi rim 14-inci bersama tayar 110/80 di hadapan dan 13-inci di belakang dengan tayar bersaiz 130/70. Selain itu, ketinggian pelana pula adalah 790mm dan tangki bahan api sekitar 14 liter.



Dari segi keselamatan merangkumi sistem ABS dua saluran dan traction control yang boleh dinyahaktifkan mengikut keperluan. Selain itu, Falcon 180 mempunyai pemijak kaki tambahan untuk membolehkan penunggang berdiri ketika melalui offroad ringan.

Antara kelengkapan lain termasuk skrin sentuh TFT 7-inci, Dashcam (hadapan), lampu LED, lampu kabus (boleh on/off) dan sistem kunci pintar, soket USB Type-A dan Type-C, ruang simpanan bawah tempat duduk, berat 155kg, kelegaan tanah 140mm serta penghadang angin hadapan boleh laras secara manual.

Aveta Falcon 180 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Sahara Bronze, Alpine White dan Storm Grey yang ditawarkan pada harga asas bermula RM9,798. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

Yamaha perkenalkan pula adik RW700 iaitu RW350 yang lebih mesra pengguna.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.