RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

25 Jun 2021

MotoGP Kembali ke Litar Assen, Netherlands. Sedikit info mengenai litar ini.

Minggu ini para pelumba akan kembali bersaing ke Litar Assen, Netherlands untuk meneruskan saingan musim 2021. Tahun lepas buat pertama kalinya dalam sejarah MotoGP, litar penuh bersejarah ini terpaksa ditutup akibat Covid-19 sejak puluhan tahun penganjurannya. Mari kita kenal sedikit mengenai litar ini.

Ia merupakan satu-satunya litar yang telah menganjurkan perlumbaan GP Dunia setiap tahun sejak pada tahun 1949 hinggalah 2019 yang lalu. Sayangnya penganjuran tahun lepas (2020) terpaksa dibatalkan berikutkan pandemik yang melanda dunia dan musim 2021 adalah tahun ke-72 ianya kembali ke Netherlands.

Asalnya litar ini adalah sepanjang 16.54 kilometer sehinggalah pada tahun 1954. Pada 1955, jaraknya telah dipendekkan kepada 7.7 kilometer dan kemudian diubah lagi menjadi 6.1 kilometer pada tahun 1984. Pada 2006, ia dibaiki semula dan terus digunakan hingga ke hari ini. Sebelum ini, perlumbaan diadakan pada hari Sabtu tetapi pada tahun 2016, buat pertama kalinya ia dianjurkan pada hari Ahad dan kekal hingga ke hari ini.

Rossi 'kiri' & Casey Stoner bersaing sengit pada tahun 2007.
Rossi 'kiri' & Casey Stoner bersaing sengit pada tahun 2007.

Pelumba & Pengeluar Motosikal Yang Menang Di Litar ini:

  • Maverick Vinales - pelumba Yamaha terakhir menang iaitu pada 2019
  • Marc Marquez pelumba Honda terakhir menang, 2018
  • Kevin Schwantz pelumba Suzuki terakhir menang iaitu pada 1993
  • Casey Stoner, satu-satunya pelumba Ducati setakat ini yang pernah menang iaitu pada 2008
Pertarungan epik di antara Rossi '46' & Jorge Lorenzo pada tahun 2009. Gambar: www.motogp.com
Pertarungan epik di antara Rossi '46' & Jorge Lorenzo pada tahun 2009. Gambar: www.motogp.com

Pelumba terakhir menang dua tahun berturut-turut:
Valentino Rossi (2004 & 2005)

Catatan masa terpantas:
Fabio Quartararo 2019 – 1'32.017

Pelumba paling laju:
Andrea Iannone 2015 – 319.8km/j

Sidang media GP Assen 2021 bersama Valentino Rossi 'tengah', Fabio Quartararo 'kiri' & Jack Miller.
Sidang media GP Assen 2021 bersama Valentino Rossi 'tengah', Fabio Quartararo 'kiri' & Jack Miller.
Marc Marquez merupakan pelumba Honda terakhir menang di Litar Assen iaitu pada tahun 2018.
Marc Marquez merupakan pelumba Honda terakhir menang di Litar Assen iaitu pada tahun 2018.

Perlumba paling berjaya di Litar Assen:

1. Angel Nieto – 15 kemenangan (9x125cc, 6x50cc)
2. Giacomo Agostini – 14 kemenangan (6x500cc, 8x350cc)
3. Valentino Rossi – 10 kemenangan (8xMotoGP, 1x250cc, 1x125cc)
4. Mike Hailwood - 9 kemenangan (4x500cc, 2x350cc, 3x250cc)
5. Jim Redman – 9 kemenangan (1x500cc, 4x350cc, 3x250cc, 1x125cc)

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.