RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Oktober 2026

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia dengan bangganya melanvarkan model baharu iaitu 500SR ke pasaran negara bersempena PETRONAS MotoGP Malaysia 2026 yang berlangsung dari 30hb Oktober hingga 1hb November.

Jentera ini dikuasakan enjin empat silinder sebaris 500cc, empat lejang, DOHC dengan sistem penyejukan cecair. Oleh itu, 500SR boleh menghasilkan kuasa maksimum 77.8hp pada 12,500rpm dan mampu meningkat sehingga 81.7hp apabila sistem RAM AIR berfungsi. Sementara itu, tork maksimum yang dihasilkan ialah 49Nm pada 10,000rpm.

Sistem suntikan bahan api elektronik BOSCH turut digunakan bagi memastikan penyaluran kuasa lebih lancar dan responsif. Sistem quickshiter pula turut dipadankan dengan klac jenis slipper clutch.

CFMOTO 500SR dipandankan dengan kerangka jenjs tiub keluli kromium-molibdenum 20 CrMo. Bahagian hadapan dilengkapi fork USD berdiameter 41 mm dengan pelarasan prabeban sebanyak 30 tahap dan lantunan 16 tahap. Suspensi belakang jenis multi-link pula menawarkan pelarasan prabeban dan lantunan. Rim jenis aloi aluminium turut disaluti dengan tayar CST S3N bersaiz 120/70 R17 di hadapan dan 160/60 R17 di belakang.

Sistem keselamatan terdiri daripada cakera berkembar 300mm di hadapan dengan manakala bahagian belakang menggunakan cakera tunggal 220mm. Bagi meningkatkan tahap keselamatan, model ini dilengkapi sistem ABS dua saluran dengan mod Supermoto. Traction control pula menawarkan dua tahap pelarasan dan boleh dimatikan mengikut keselesaan. Turut disediakan ialah steering damper dengan 24 tahap pelarasan dan sistem isyarat berhenti kecemasan (ESS).

Kelengkapan lain merangkumi meter TFT berwarna 6.2 inci dengan fungsi MotoPlay, soket USB Type-A &  Type-C, sistem TPMS, lampu-lampu LED, sistem ekzos berkembar, tinggi pelana 790mm atau 795mm, berat 193kg dan tangki 15.5 liter.

CFMOTO 500SR boleh didapati di semua pengedar sah CFMOTO seluruh negara pada harga asas bermula RM29,988. Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik, iaitu Galaxy Gray dan Nebula White. Dengan pembelian jentera ini juga akan menerima waranti perlindungan selama dua tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu). RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700