RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

26 April 2022

Norton Terima Pelaburan £100 Juta Daripada Pemilik Baru, TVS Motors

TVS membeli Norton pada April 2020, selepas ia dibiarkan berlutut berikutan salah urus pemilikan sebelumnya. TVS Motors telah melabur £100 juta ke dalam Norton Motorcycles, yang dibeli April lalu, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mewujudkan semula jenama itu.

Sejak ia diambil alih oleh TVS Motors, Norton telah membuka kilang serba baru yang beroperasi di Solihull, dan di situlah pengeluaran material pelaburan bernilai £100 juta ini akan dihasilkan. Pembangunan dan pembuatan dilakukan menggunakan teknik buatan tangan dan bantuan jentera moden untuk nilai serta kualiti yang lebih tinggi,” menurut TVS Motors.

Dua daripada motosikal yang akan dihasilkan di kemudahan baharu itu ialah V4 SV yang direka semula dan model terkenal 961 Commando. Menerusi pelaburan ini juga dijangka akan mewujudkan di antara 250 dan 300 jawatan kosong.

“Pasukan bertaraf dunia yang akan mengembalikan zaman kegemilangan Norton diketuai oleh Robert Hentschel yang cukup berpengalaman,” kata Pengarah Urusan Bersama TVS Motor Company, Sudarshan Venu.

Beliau turut menambah, “Pelaburan ini meliputi elektrifikasi, teknologi termaju, kenderaan bertaraf dunia, pembuatan, kekal stabil dan masa depan mobiliti. Ini dijangka mewujudkan 250-300 pekerjaan langsung dalam tempoh 3 tahun akan datang dan 500-800 lagi pekerjaan tidak langsung di seluruh rantaian bekalan.”

Apa sebenarnya 'produk' baharu ini masih belum dapat dilihat, tetapi TVS mengatakan bahawa ia direka dengan konsep 'rekabentuk global' dan hab R&Dnya [akan membentuk] bahagian penting dalam pelan pertumbuhan strategik Norton dalam pusaha mereka untuk kembali menjadi pengeluar motosikal terkemuka di dunia.

Pengumuman ini telah dibuat minggu lepas, pada 21 April, sempena lawatan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson ke India.

Johnson berkata, “Perdagangan dan pelaburan antara UK dan India mewujudkan pekerjaan yang baik dan mengekalkan mata pencarian di kedua-dua negara kita. Saya sangat gembira kerana Syarikat Motor TVS telah memutuskan untuk menyertai kumpulan syarikat India yang melabur di UK.” RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.