RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Oktober 2026

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Selain melancarkan Falcon 180, Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Antara perubahan paling ketara ialah penggunaan warna Cyber Yellow pada badan skuter ini bersama rim berwarna emas. Nova 200 SE turut didatangkan visor hadapan yang berbeza serta grafik khas bertulis Limited Edition bagi membezakan model ini daripada Nova 200 standard. Terapat juga emblem Limited Edition yang memaparkan nombor pengeluaran.



Walaubagaimanapun dari segi spesifikasi lain masih sama iaitu enjin satu silinder 183.3cc, SOHC dengan sistem penyejukan cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 18hp pada 8,000rpm dan tork 17.6Nm pada 5,500rpm.

Nova 200 Special Edition juga dipadankan dengan sistem brek cakera serta sistem ABS dua saluran dan traction control sebagai ciri keselamatan. Suspensi hadapan menggunakan fork teleskopik manakalan belakang jenis penyerap hentak berspring bersama sub-tank.



Ciri-ciri lain seperti lampu-lampu LED, paparan meter digital bewarna, tangki 10 liter, ruang simpanan bawah pelana, berat 112kg, tinggi pelana 778mm, tayar hadapan 100/80-14, tayar belakang 120/70-14, jarak roda 1370mm, sistem kunci pintar serta soket USB Type-A dan Type-C.

Aveta Nova 200 Limited Edition hanya ditawarkan sebanyak 1,688 unit sahaja dan harga asas bermula RM8,788. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

Yamaha perkenalkan pula adik RW700 iaitu RW350 yang lebih mesra pengguna.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.