RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

11 Mei 2022

Cub Prix 2022: Adib Rosley Sedia Pertahankan Kejuaraan CP125

Md Adib Rosley dari pasukan YYPang Yamaha Racing akan kembali ke litar Tangkak bagi pusingan kedua Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix untuk menyahut cabaran dan mengukuhkan kedudukannya bagi category CP125.

Pusingan pertama tempohari ternyata mencabar bagi Adib yang memegang gelaran juara bertahan bagi tahun 2021 apabila beliau menamatkan perlumbaannya di tangga ke-11.

“Saya menghadapi masalah teknikal dengan jentera saya pada pusingan pertama. Ia amat mengecewakan kerana saya hanya mampu menamatkan perlumbaan saya di tempat ke-11,” kata Adib.

“Perlumbaan pusingan kedua yang di Litar Tangkak sudah pasti sengit kerana litar tersebut agak teknikal dan mencabar. Namun begitu, saya telah mengemaskinikan strategi untuk meningkatkan prestasi saya bagi pusingan kedua nanti,” tambahnya lagi.

Menurut Gary Pang selaku penyeleras bagi pasukan YYPang Yamaha Racing, “Cabaran utama kami di litar Tangkak bergantung pada struktur litar tersebut yang memerlukan kemahiran teknikal dan stamina yang lebih baik untuk menguasainya.”

Gary turut menambah, "Sebagai langkah penyediaan, kami telah menghantar pelumba-pelumba untuk berlatih di litar tersebut supaya mereka dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan lagi kemahiran penghandalan jentera."

Pusingan kedua saingan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung pada hujung minggu ini (14 & 15 Mei 2022). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.