RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

24 November 2022

Kymco SuperNEX dengan Rekabentuk Baharu Didedahkan di EICMA

Kymco, pembuat skuter yang terkenal telah mendedahkan konsep motosikal elektrik Kymco SuperNEX dengan rekabentuk yang baharu di EICMA 2022 baru-baru ini.

Jika anda ingat, Kymco mula telah menunjukkan konsep SuperNEX yang asal di EICMA 2018. Namun ia belum sampai di tahap produksi setelah dunia dibelenggu oleh wabak Covid-19 selama tiga tahun. Sekarang Kymco menunjukkan semula konsep tersebut dengan rekabentuk baharu yang lebih 'sporty' serta beberapa ciri baharu.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Penggunaan kotak gear enam kelajuan. Hampir kesemua kenderaan elektrik tidak menggunakan kotak gear tetapi Kymco berbuat demikian kerana hendak memberikan pengalaman tunggangan seperti menunggang motosikal berkuasa petrol.

  • Juga bagi memberikan pengalaman tunggangan yang unik, motosikal ini dilengkapi dengan paip ekzos olok-olok yang menempatkan sebuah pembesar suara yang menghasilkan bunyi enjin petrol.
  • Fairing baharu yang lebih agresif, tetapi juga dipenuhi dengan lubang-lubang berbentuk enam segi seperti sarang tebuan. Mungkin pereka mereka tidak mengalami 'trypophobia' iaitu fobia terhadap lubang-lubang...
  • Gaya tunggangan supersport dengan handel yang rendah dan pelana duduk yang tinggi.
  • Skrin TFT dengan paparan berwarna.

  • Lampu-lampu LED.
  • Set eletronik yang dinamakan 'Full Engagement Performance (FEP)' yang termasuk kawalan 'wheelie', kawalan cengkaman tayar, dan ABS yang berpandukan sudut mereng, selain daripada empat mod tunggangan.
  • Sebuah penjana bunyi bagi menghasilkan bunyi deruman enjin.
  • Kymco berkata SuperNEX ini boleh mencapai kelajuan 100 kmj dari keadaan terhenti di dalam hanya 2.9 saat, dan 'top speed' 250 kmj.

SuperNEX ini dilancarkan di dalam suasana di mana ramai pembuat motosikal yang sedia ada serta baharu sedang berpusu-pusu untuk menghasilkan motosikal elektrik untuk memenuhi syarat di mana penjualan motosikal yang berkuasa bahanapi fosil (petrol) akan diberhentikan di beberapa negara dalam hanya lebih daripada satu dekad lagi. Pengunaan kenderaan-kenderaan elektrik dilihat akan mengambil alih secara keseluruhannya daripada kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman apabila mencapai abad 2050an.

Sebab itulah pameran motosikal elektrik bertambah di semua pertujukan motosikal yang bertaraf antarabangsa. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.