RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Oktober 2026

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya memperkenalkan Yamaha YZF-R9 untuk pasaran Malaysia sempena pelancaran pusat pameran Yamaha Big Bike iaitu Blu Nexus.

R9 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris CP3 890cc, DOHC, bersama sistem penyejukan cecair yang sama ada pada model MT-09. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 119PS pada 10,000rpm dan tork 93Nm pada 7,000rpm. Sistem transmisi 6-kelajuan turut disempurnakan dengan quickshifter bagi melancarkan lagi proses penukaran gear.

Apa yang menarik, kerangkan jenis aluminium Deltabox yang digunakan pada R9 ini mempunyai berat 9.7kg sahaja sekaligus menjadikan kerangka tersebut antara yang paling ringan pernah digunakan oleh Yamaha bagi segmen supersport. Untuk berat keseluruhan motosikal pula adalah sekitar 195kg.

Dari sudut rekabentuk, R9 tampil dengan ripa agresif yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Yamaha. Bahagian hadapan dilengkapi winglet bagi meningkatkan lagi ciri aerodinamik untuk menawarkan kestabilan ketika memecut.

Dari seg sistem elektronik turut menjadi antara kelebihan utama pada R9 yang dilengkap 6-axis IMU untuk mengaeal Traction Control (TCS), Slide Control System (SCS), Brake Control (BC), Lift Control (LIF) dan Launch Control. Penunggang turut boleh memilih mod tunggangan seperti Sport, Street, Rain dan dua mod Custom serta empat mod khusus untuk kegunaan di litar.

Paparan meter jenis TFT 5-inci menampilkan beberapa pilihan paparan termasuklah mod Track. Selain itu, R9 turut menyokong aplikasi Y-TRAC Rev yang membolehkan penunggang merekod masa pusingan, menganalisis data tunggangan serta mendapatkan maklumat prestasi ketika berada di litar.

Antata kelengkapan lain adalah suspensi KYB boleh laras sepenuhnya, brek hadapan jenis Brembo Stylema, sistem ABS dua saluran, tayar hadapan 120/70ZR17, tayar belakang 180/55ZR17, tinggi pelana 831mm, berat 195kg dan tangki bahan api 14 liter.

Yamaha YZF-R9 hadir dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Icon Blue yang ditawarkan pada harga asas bermula RM68,000 sahaja. Model ini dikatakan akan tersedia di semua pusat pengedar Yamaha Big Bike di seluruh negara bermula bulan Januari 2027. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.