RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

26 April 2023

Kymco AK550 Premium Dilancarkan

Kymco merupakan pembuat skuter terkemuka yang berasal daripada Taiwan dan produk-produk mereka terdapat di banyak negara, termasuk di Malaysia. Mereka telah melancarkan skuter maxi mewah AK550 pada 2017. Baru-baru ini, mereka melancarkan Kymco AK500 Premium bagi bersaing dengan Yamaha TMAX terbaharu.

Kymco ini menggunakan enjin 550cc, dwi-silinder dengan aci engkol 270 darjah (yang mirip dengan pemasaan pencucuhan V-Twin 90 darjah). Ia menghasilkan 51hp. Kuasa enjin itu dihantar ke roda belakang melalui kotak gear varibel berterusan (CVT). Salah satu perbezaan besar ialah ciri pendikit yang menggunakan wayar (throttle-by-wire) - ia tidak disambung terus kepada badan pendikit tetapi kepada ECU - untuk kawalan yang lebih lancar. Penggunaan throttle-by-wire dengan ciri dua mod tunggangan yang membolehkan penunggang memilih karaktor tindakbalas enjin. Ia juga 'membuka pintu' kepada ciri elektronik seperti Traction Control dan Cruise Control.

Sistem cruise control ini penting kerana Kymco mempromosikan model ini sebagai sebuah motosikal automatik untuk penjelajahan jarak jauh.

Rekabentuk AK550 Premium ini dipenuhi dengan unsur-unsur yang agresif dan futuristik seperti bentuk lampu LED depan dan belakang. Namun, keberatannya agak tinggi pada 238kg, berbanding dengan Yamaha TMAX 560 yang seberat 216kg.

Apapun, kami berharap ia akan tiba di Malaysia kelak! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.