RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

31 Oktober 2023

Skuter Elektrik United E-Motor Masuki Pasaran

Kerjasama di antara Artroniq Bhd dan PT. Terang Dunia Internusa (PT TDI) telah berjaya menghasilkan produk terbaru di pasaran motosikal negara iaitu United E-Motor TX3000 dan TX1800. Majlis pelancaran kedua-dua model ini telah disempurnakan oleh para perwakilan daripada kedua-dua syarikat.

Menurut pihak Artroniq, mereka bercita-cita untuk mewujudkan sistem pengangkutan hijau dan berprestasi tinggi yang menandakan permulaan era baru dalam pengangkutan bandar di Malaysia. Pembangunan dan pengeluaran model CKD ini dilakukan di kilang mereka yang beroperasi di Batu Kawan, Pulau Pinang dengan pengagihan 30% bahan dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia.

Kita mulakan dengan TX3000. Skuter ini digerakkan oleh enjin 60V yang menghasilkan kuasa 4200W dan menawarkan jarak perjalanan sejauh 120 kilometer. Model baru ini hadir dengan dua buah bateri yang boleh dicaj dari 0-80% dalam masa 4 jam dan laju maksimum untuk model ini ialah sekitar 90km/j.

Ruang bawah pelana yang cukup besar.
Ruang bawah pelana yang cukup besar.

Bahagian hadapan dihiasi dengan lampu-lampu LED, panel meter digital, posisi menunggang yang selesa, ruang bawah pelana yang besar, port pengecas USB, sistem bluetooth dan sistem perhubungan U-Key yang menawarkan kepelbagaian urusan seperti Butang SOS, status perjalanan, lokasi motosikal parkir dan menghidupkan jentera skuter dengan menggunakan aplikasi.

TX3000 ditawarkan dalam lima warna pilihan iaitu Black Saphire, Grey Matte, Milano Red, Golden Yellow dan White Pearl.

TX1800 pula menggunakan enjin 60V 2000W dengan tork maksimum setinggi 106Nm pada 100rpm. Tidak seperti TX3000, skuter ini hanya menggunakan satu bateri sahaja dan dapat dicas dari 0-80% dalam masa 1 jam setengah. Terdapat tiga mod kelajuan iaitu Mode 1 (45km/j), Mod 2 (65km/j) dan Mod 3 dengan kelajuan maksimum sekitar 75km/j.

Model ini juga berkongsikan ciri-ciri luaran yang sama dengan seperti panel meter, sistem elektronik, sistem perhubungan U-Key, ruang bawah pelana. Skuter baru ini juga didatangksan dengan lima warna menarik iaitu Black Saphire, Grey Matte, Milano Red, Golden Yellow, White Pearl dan Blue Electric.

Harga untuk kedua-dua model masih belum dinyatakan lagi sehinggalah pada bulan Disember nanti. Bagi para pelanggan membuat tempahan akan menerima topi keledar Artroniq secara percuma. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.