RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

24 November 2023

Khairul Idham Pawi (KIP) Kembali Ke Saingan Antarabangsa

Pasukan Honda MIE Racing PETRONAS terus merangka rancangannya untuk musim perlumbaan 2024 dengan mengesahkan bahawa ia akan menampilkan pelumba Malaysia iaitu Khairul Idham Pawi (KIP) dan pelumba Jepun Kaito Toba dalam Kejuaraan World Supersport 2024. Skuad itu telah mengenal pasti dua pelumba muda tersebut yang cukup berpotensi sebagai wakil dalam saingan WorldSSP musim hadapan.

Dilahirkan pada 20 September 1998, KIP merupakan pelumba Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam kejuaraan dunia Moto3 dan Moto2. Pelumba berusia 25 tahun itu juga kini mendahului persaingan ARRC Supersport tahun ini, dan tahun 2024 bakal merupakan pengalaman sulungnya dalam WorldSSP.

Khairul Idham Pawi.
Khairul Idham Pawi.
Kaito Toba 'kiri' bersama CEO/Team Principal, Midori Moriwaki.
Kaito Toba 'kiri' bersama CEO/Team Principal, Midori Moriwaki.

Sebelum ini, KIP telah mewakili pasukan Pasukan Honda MIE Racing PETRONAS sebagai pelumba wildcard pada saingan akhir musim di Jerez di Sepanyol.

Rakan sepasukannya, Toba memiliki pengalaman selama tujuh tahun dalam saingan Moto3 walaupun usianya masih muda. Pemenang perlumbaan Asia Talent Cup 2014, Kaito meneruskan saingan dalam Piala Red Bull Rookies diikuti dengan Kejuaraan Dunia CEV Moto3 Junior sebelum mara ke Moto3.

Pelumba dari Jepun kini menduduki tempat ke-11 keseluruhan dalam saingan Moto3 2023 dan juga kejayaan podium pada pusingan sulung, GP India.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan PETRONAS MIE Racing Honda kerana memberi saya peluang untuk bersaing dalam saingan WorldSSP. Saya mengenali pasukan ini ketika di Jerez iaitu semasa pusingan akhir musim 2023. Setiap krew pasukan sangat membantu sepanjang sesi. Berpindah dari saingan Moto2 adalah satu cabaran besar, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan cepat,” komen KIP.

Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga PETRONAS sekali lagi, seperti tahun 2019 dan 2020. Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan apabila dapat berkerja dengan satu 'nama yang cukup besar' dan saya akan bekerja keras untuk mencapai keputusan yang terbaik,” sambungnya.

Tahniah di atas peluang ini dan kami berharap agar segalanya berjalan dengan lancar. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.