RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

6 Disember 2023

Cuai Disyaki Punca Kemalangan Maut

Tindakan seorang lelaki memandu secara cuai ketika hendak membelok masuk ke simpang dipercayai menjadi punca kemalangan mengorbankan penunggang motosikal di Kilometer 63, Jalan Ipoh-Gerik dekat Liman Kati, di sini baru-baru ini.

Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia
Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia

Nahas sekitar pukul 5.20 petang itu mengakibatkan penunggang motosikal jenis BMW GS, Mohd. Khairil Anuwar Mustakim, 40, dan pembonceng, Norlilawati Mohd. Shah, 40, parah.

Pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan namun Mohd. Khairil Anuwar disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan pada pukul 7.45 petang.

Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia
Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan pada pukul 5.20 petang itu membabitkan motosikal berkuasa tinggi ditunggang mangsa dan sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 65 tahun.

Katanya, ketika kejadian, motosikal ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Gerik menuju ke Kuala Kangsar.

“Semasa sedang mara, tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah bertentangan telah membelok ke kanan laluannya untuk menuju ke Kampung Liman Kati dan masuk di hadapan laluan motosikal mangsa.

Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia
Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia
Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia
Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia

“Mangsa cuba mengelak ke kiri namun gagal sebelum terlanggar kereta pada bahagian hadapan kiri. Pelanggaran itu menyebabkan motosikal tersebut jatuh terseret ke tepi jalan sebelum masuk ke dalam longkang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penunggang dan pembonceng yang mengalami kecederaan parah segera dikejarkan ke hospital namun salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia ketika rawatan.

Katanya, dalam kejadian itu pemandu dan penumpang hadapan kereta mengalami luka di beberapa bahagian badan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu kereta ketika masuk simpang. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.