RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Oktober 2026

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Selepas hampir enam tahun tidak ditawarkan di pasaran Malaysia, Boon Siew Honda akhirnya melancarkan PCX160 yang bukan sahaja menghidupkan nama model tersebut dalam pasaran tempatan tetapi hadir dengan pelbagai ciri-ciri baharu terutamanya dari segi enjin. Peningkatan kapasiti enjin daripada 150cc kepada 160cc serta teknologi yang lebih moden untuk memenuhi keperluan penunggang masa kini.

PCX160 tampil dengan reka bentuk yang lebih moden dan elegan. Model ini mengekalkan identiti skuter premium PCX yang menitikberatkan keselesaan, praktikaliti dan penampilan.

Model ini menggunakan enjin satu silinder 156.9cc, empat lejang, SOHC empat injap, penyejukan cecair dengan teknologi Enhanced Smart Power+ (eSP+). Enjin sistem suntikan bahan api PGM-FI. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 15.2hp pada 8,500rpm dan tork 14.1Nm pada 6,500rpm.

Penggunaan bahan api pula dikatakan serendah 2.3 liter bagi setiap 100km manakala tangki bahan api berkapasiti 8.1 liter membolehkan jarak perjalanan dianggarkan mencecah 350km bagi setiap isian penuh (berpandukan jenis tunggangan).

Antara pembaharuan lain yang ditawarkan ialah paparan meter TFT berwarna bersaiz 5-inci yang dilengkapi sistem sambungan Honda RoadSync. Menerusi sambungan telefon pintar, penunggang boleh mengakses fungsi navigasi, panggilan telefon, muzik dan notifikasi mesej melalui paparan meter. Kemudahan lain termasuk soket pengecas USB Type-C, Honda Smart Key, lampu LED penuh serta Idling Stop System (ISS) yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api ketika berhenti seketika.

Skuter ini juga turut dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC) bagi membantu mengawal cengkaman roda belakang ketika melalui jalan-jalan licin atau tidak berturap. Selain penggunaan sistem brek-brek cakera, PCX didatangkan dengan sistem ABS pada roda hadapan. Sistem suspensi pula menggunakan fork teleskopik di hadapan manakala belakang jenis penyerap hentak berkembar dengan sub-tank.

Sebagai sebuah jentera yang praktikal, model ini disempurnakan dengan ruang simpanan bawah pelana seluas 30 liter manakala tinggi oelana 764mm dan berat hanya sekitar 132kg yang menjadikan PCX ini sesuai untuk tunggangan harian.

Honda PCX160 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Grey dan Putih pada harga asas yamg disyorkan bermula RM12,998. Model ini boleh didapati di semua pengedar Impian X serta pengedar Honda yang sah seluruh negara bermula 14hb Oktober 2026. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.