RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

8 Februari 2024

Padah Melakukan Aksi Ala 'Superman', Seorang Lelaki Ditahan

Padah melakukan aksi berbahaya ala 'superman' berhampiran susur Lanchang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), seorang pekerja p-hailing telah ditahan polis di Petaling Jaya.

Semalam tular satu video di media sosial Facebook memaparkan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya.

Hasil siasatan mendapati, video tersebut dipercayai dirakam kamera papan pemuka milik orang awam.

"Perbuatan yang dilakukan itu bukan sahaja membahayakan nyawanya tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain juga," kata Ketua Polis Daerah Termeloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan.

Susulan kejadian itu, pihak polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek untuk mengenal pasti rakannya yang lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. RR

Sumber berita: http://hmetro.com.my/

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.