RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

5 Ogos 2024

Enea Bastianini Guna Mod 'Beast' Di GP Britain

Pelumba pasukan Ducati, Enea Bastianini mempamerkan tunggangan yang luar biasa untuk mendominasi saingan kelas prima di GP British semalam seterusnya menjadi pemenang berbeza ke-10 untuk musim ini.

Juara GP British, Enea Bastianini.
Juara GP British, Enea Bastianini.

Selepas mempamerkan tunggangan cemerlang pada saingan Tissot Sprint, Bastianini berjaya menemui rentak untuk menamatkan hujung minggu bersejarah di Grand Prix British Monster Energy dengan pungutan 25 mata tertinggi.

Bastianini berjaya mengenepikan para pencabarnya.
Bastianini berjaya mengenepikan para pencabarnya.
Pecco '1' melakukan 'holeshot' untuk merampas kedudukan paling depan.
Pecco '1' melakukan 'holeshot' untuk merampas kedudukan paling depan.

Jorge Martin yang sebelum ini dibelenggu dengan masalah prestasi yang tidak begitu stabil memiliki kemampuan menewaskan para pencabarnya untuk tamat di tempat kedua. Dengan kutipan 20 mata itu, Martin kini kembali ke tempat teratas carta keseluruhan dengan 241 mata.

Jorge Martin '89' gagal menahan kemaraan dua pelumba di belakangnya.
Jorge Martin '89' gagal menahan kemaraan dua pelumba di belakangnya.
Fabio Quartararo tamatkan saingan di tempat ke-11.
Fabio Quartararo tamatkan saingan di tempat ke-11.
Luca Marini menyatakan jenteranya menunjukkan peningkatan.
Luca Marini menyatakan jenteranya menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, Francesco Bagnaia hanya mampu untuk menamatkan GP British ini di tempat ketiga walaupun pada awalnya berjaya melakukan holeshot bagi merebut kedudukan paling depan. Namun begitu, Martin yang mengekori rapat di belakang berjaya memintas pada lap ke-12.

Brad Binder '33' gagal menamatkan perlumbaan manakala Pedro Acosta '31' raih tempat ke-9.
Brad Binder '33' gagal menamatkan perlumbaan manakala Pedro Acosta '31' raih tempat ke-9.
Marc Marquez terbabas di sesi kelayakan.
Marc Marquez terbabas di sesi kelayakan.

Tidak lama kemudian, Martin melakukan kesilapan yang menyebabkan kedudukannya terancam dan akhirnya 'dihukum' oleh Bastianini ketika saingan berbaki 6 lap sahaja lagi. Apabila sudah berada di depan, pelumba bernombor '23' itu tidak lagi melepaskan peluang keemasan untuk meraih gelaran juara.

Johann Zarco '5' berjaya memintas Remy Gardner untuk tamatkan saingan di tempat ke-14.
Johann Zarco '5' berjaya memintas Remy Gardner untuk tamatkan saingan di tempat ke-14.
Joan Mir '36' tidak dapat menghabiskan saingannya di GP British manakala Agusto Fernandez di tempat ke-16.
Joan Mir '36' tidak dapat menghabiskan saingannya di GP British manakala Agusto Fernandez di tempat ke-16.

Marc Marquez di tempat keempat walaupun cuba untuk mengejar Pecco di saat-saat akhir tetapi 'salute' buat Fabio Di Giannantonio yang meraih tempat kelima selepas berusaha gigih dari tempat ke-10.

'The Beast' tengah bersama pelakon kembar filem Harry Potter, Oliver dan James Phelps.
'The Beast' tengah bersama pelakon kembar filem Harry Potter, Oliver dan James Phelps.

Aleix Espargaro yang bermula sebagai 'pole position' menamatkan saingannya kali ini di tempat keenam diikuti Alex Marquez, ketujuh. RR

Kedudukan Terkini Carta Keseluruhan MotoGP 2024

  • Jorge Martin     241 mata
  • Francesco Bagnai    238 mata
  • Enea Bastianini    192 mata
  • Marc Marquez 179 mata
  • Maverick Vinales    130 mata

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.