RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

8 Disember 2025

Nak Ride Lebih Bergaya? Pakai Jaket Rabbit & Wheels

Buat semua peminat motosikal yang sentiasa nak kelihatan bergaya...nampak hensem... dapatkan jaket riding Rabbit & Wheels dan aksesori menunggang lain yang kini sudah pun berada di pasaran negara menerusi Drop Gear Supply selaku pengedar rasmi jenama ini di Malaysia.

Dari kiri: Zul Irvan, Muhd Iqbal dari RNW diiringi Hazmi, Fadhlie Farhan dan Noor Faris dari Drop Gear Supply.
Dari kiri: Zul Irvan, Muhd Iqbal dari RNW diiringi Hazmi, Fadhlie Farhan dan Noor Faris dari Drop Gear Supply.

Rabbit & Wheels Riding Equipment (RNW) menawarkan pelbagai jaket yang cukup bergaya dan menarik. Dengan produk yang mantap serta strategi pemasaran yang bijka, Rabbit & Wheels kini turut berada di beberapa negara lain seperti Singapura, Thailand dan Brunei. Hadir ke majlis pelancaran produk ini di Malaysia ialah pengasasnya iaitu Muhammad Iqbal dan Muhammad Zul Irvan dari Bandung, Indonesia yang diraikan oleh rakan niaga dari Drop Gear Supply terdiri daripada Fadhlie Farhan, Hazmi dan Noor Faris.

"Rabbit & Wheels sudah lima tahun di pasaran dan kini akan lebih fokus dengan pasaran di negara Malaysia yang mempunyai geografi sama dengan Indonesia. Dasar produk kami terdiri daripada Safety, Trend, Fashion dan sudah pasti Value for Money. Produk RNW juga direka untuk sesuai dengan iklim tropika seperti di Malaysia dan Indonesia," kata Muhammad Iqbal.

Antara model jaket RNW yang popular ialah:

1. Bomber: Sesuai untuk tunggangan harian khususnya dalam bandar kerana ia ringan dan bergaya

2. RNW: Sesuai untuk pengembaraan dengan adanya aksesori perlindungan lebih baik.

3. Midnight: Model ikonik yang lebih premium

4. Patron Tex Bikers: Jenis 'mesh' yang cukup sesuai untuk cuaca panas

5. Donington Cityride: Pilihan menarik buat warga kota yang ringan dan selesa

6. Combo Legacy: Lebih fokus kepada peminat motosport/touring

Menurut Sdr Hazmi dari Drop Gear Supply, produk-produk RNW makin mendapat perhatian para penunggang motosikal kerana ia bukan sahaja berkualiti tetapi juga selesa, bergaya dan semestinya direka untuk keselamatan penunggang. Paling penting, harganya yang cukup berbaloi dengan kualiti pembikinannya.

Jom ke Drop Gear Supply yang beroperasi di No. 66-1 Jalan 1, Taman Len Seng, Kuala Lumpur. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.