RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

9 Februari 2026

Aksi ‘wheelie’ motosikal sambil seret kepala, 2 remaja ditahan!

KUALA LUMPUR: Dua remaja yang dikesan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang dan membonceng sebuah motosikal di Jalan Tun Razak, di sini, pada 30 Januari lalu mengundang padah apabila kedua-duanya telah ditahan polis, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, perkara itu dikesan susulan video tular berdurasi 14 saat di media sosial.

“Video tersebut dimuat naik di Facebook memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal jenis 135LC dan melakukan aksi mengangkat roda hadapan (wheelie).

Tangkap layan video tular.
Tangkap layan video tular.

“Pada masa sama, pembonceng turut melakukan aksi berbahaya dengan menyeretkan kepala di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zamzuri berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan/Operasi JSPT Kuala Lumpur berjaya mengesan dan menahan dua lelaki tempatan yang terlibat.

“Kedua-dua tangkapan dilakukan di kediaman berasingan di sekitar Sungai Buloh, lebih kurang pukul 2 pagi hari ini. Tangkapan itu melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun yang merupakan penunggang, dan seorang lagi lelaki berusia 15 tahun iaitu pembonceng,” jelasnya.

Tambahnya, polis turut merampas sebuah motosikal yang digunakan semasa kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.