RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 31 Oktober 2026

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

BLU Nexus diperkenalkan sebagai sebahagian daripada ekosistem baharu Yamaha yang dikenali sebagai BLU Network, bertujuan memberikan pengalaman lebih premium dan menyeluruh kepada pelanggan serta peminat motosikal Yamaha khususnya yang berkuasa 250cc dan ke atas.

Menariknya, BLU Nexus mengetengahkan enam kategori utama motosikal Yamaha iaitu SuperSport, Naked, Automatic, Touring, Sport Heritage dan Adventure. Konsep ini membolehkan pengunjung mengenali dengan lebih dekat pelbagai karakter motosikal Yamaha, termasuk reka bentuk, siaz enjin, teknologi, ergonomik dan keistimewaannya yang menjadi sebab utama ia terus diminati.

Selain ruang pameran motosikal, pengunjung turut berpeluang melihat koleksi aksesori, pakaian dan barangan gaya hidup rasmi Yamaha yang melengkapkan pengalaman sebagai pemilik serta peminat jenama tersebut.

Menurut En. Hoo Wan Tim, Pengurus Besar Penjenamaan & Pemasaran HLYM, antara kelebihan utama pengenalan ekosistem BLU Network adalah usaha mempercepatkan kemasukan model-model baharu Yamaha ke pasaran tempatan. Beliau turun menjelaskan langkah meluncurkan ekosistem baru ini adalah respon kepada nilai pasaran motosikal berkuasa 250cc ke atas yang semakin meningkat.

Pihak HLYM menyasarkan perkembangan tawaran daripada 7 model kepada lebih daripada 20 model CBU dan CKD. Model pertama yang diperkenalkan ialah Yamaha YZF-R9 yang ditawarkan pada harga RM68,000. Lihat artikel berkaitan model ini di laman lain.

Yamaha YZF-R9: RM68,000.
Yamaha YZF-R9: RM68,000.

Selain BLU Neus, pihak HLYM turut memperkenalkan dua lagi rangkaian lain yang terdiri daripada BLU Universe (Rangkaian pengedar premium untuk motosikal 250cc dan ke atas) dan BLU Point (untuk jentera di bawah 50cc).

Inisiatif ini turut memperlihatkan komitmen HLYM untuk terus memenuhi kehendak pelanggan serta mengembangkan penawaran motosikal Yamaha di Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Zontes 552H sah masuk Malaysia Suku Tahun Kedua 2027.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.