RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

30 Jun 2026

Edisi Terhad, Vespa 946 Horse Tiba di Malaysia

Berita baik buat para peminat skuter premium di seluruh negara khususnya pencinta jenama Vespa. Anda mungkin berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada pemilik model Edisi Terhad...Model Premium iaitu Vespa 946 Horse yang kini telah pun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Hadir menyerikan majlis pelancaran model ini ialah Duta Itali ke Malaysia, H.E Rafaele Langella yang menyerlahkan lagi hubungan erat Vespa dengan nilai 'Made in Italy' yang selama ini sentiasa mementingkan seni ketukangan yang berkualiti tinggi dan legasi kejuruteraan Itali.

Model edisi terhad ini merupakan salah sati daripada siri model Vespa 'Lunar Collection' yang meraikan Tahun Kuda dalam kalendar Zodiak Cina. Vespa 946 Horse ditawarkan pada harga asas sekitar RM108,999 dan disasarkan secara istimea buat para peminat khususnya 'Collector' yang ingin memiliki sebuah jentera retro Itali yang eksklusif dan mewah.

Vespa 946 Horse hadir dengan enjin 155cc, silinder tunggal yang berkuasa 12.7hp dan tork maksimum 12.8Nm. Model ini adalah pilihan menarik semua jenis penunggang kerana ia sesuai untuk tunggangan harian terutamanya di kawasan-kawasan urban. Dengan respons enjin yang mantap, setiap pergerakan bersama Vespa ini menjanjikan kelancaran dan selesa.

Untuk pasaran negara, hanya tiga unit Vespa 946 Horse ditawarkan dan ini sudah pasti menjadikannya antara model produksi Vespa paling tinggi nilai jualannya.

Vespa 946 Horse tampil dengan warna Coklat Gelap atau "Bay", berinspirasikan daripada warna semula jadi seekor kuda. Penampilannya yang mewah dapat kita lihat menerusi kemasan berwarna hitam matte, tempat duduk kulit premium, serta kemasan akhir yang cukup anggun dan mengagumkan.

Vespa Siri 'Lunar Collection'.
Vespa Siri 'Lunar Collection'.

Model ini turut didatangkan bersama aksesori khas seperti topi keledar edisi terhad dan beg belakang yang merupakan direka khusus untuk siri ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.