RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

15 Ogos 2020

MV Agusta Brutale 1000 RR Baru

MV Agusta menampilkan model terkini, Brutale 1000 RR yang dicipta berasaskan Siri Oro keluaran khas. Kedua-duanya mempunyai persamaaan dari segi gaya, teknologi, komponen teknikal dan pembangunan dinamik. Keunggulan jenama serta model-modelnya bermula dari perancangan rapi serta inspirasi tinggi dan ia kini turut diterjemahkan menerusi Brutale 1000 RR serba baru.

Tarikan utama model ini datangnya dari setiap sudut penciptaannya. Bahagian hadapan disempurnakan dengan lampu utama LED dengan lampu dalaman berbentuk X jenis LED yang memberi pencahayaan yang tepat dan penggunaan lampu ini turut dikemaskini dengan penggunaan sistem Day Running Light (DRL) dan Cornering Lights.

1000 RR turut menggunakan elemen gentian karbon di beberapa bahagian. Model ini menggunakan panel meter TFT bersaiz 5” dengan resolusi setinggi 800 x 400 piksel. Tahap kecerahan dan paparan yang mudah dibaca sememangnya penting agar setiap maklumat, amaran dan talaan dapat dilakukan dengan mudah. Antara sistem elektronik yang dipadatkan pada jentera ini ialah mod tunggangan (Sport, Race, Rain & Custom), Ride by Wire, Front Lift Control, Launch Control dan Traction Control.

MV Agusta telah menyempurnakannya dengan fork hadapan jenis Ohlins Nix EC, penyerap hentak tunggal jenis Ohlins EC TTX di belakang dan sistem brek jenis Brembo Stylema.

Hasil analisis ergonomik, MV Agusta telah mencipta jentera ini dengan menawarkan posisi menunggang yang sesuai untuk kelajuan tinggi. Ini bererti Brutale ini harus mampu menyalurkan laluan angin dengan baik, aerodinamik agar penunggang terus selesa dan berkeyakinan walaupun ketika lebih daripada 300km/j. RR

Isu Pada

Ogos 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.