RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Oktober 2026

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red. Skema warna ini menampilkan kemasan merah pada bahagian hadapan, tangki minyak dan fairing belakang, lengkap dengan grafik Jalur Hitam dan Emas.

Menariknya, penampilan GSX-8TT sememangnya direka untuk mengimbau kembali era motosikal Suzuki klasik, khususnya GS1000S. Bahagian fairing hadapan memberikan identiti yang berbeza berbanding model GSX-8S. Fairing lampu hadapan diinspirasikan daripada motosikal Suzuki era 1970-an. Namun begitu, hakikat sebenar model GSX-8TT ini juga merupakan sebuah jentera pilihan yang cukup moden.

Ia disempurnakan dengan enjin 776 cc, dua silinder, DOHC, sistem sejukan cecair, dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan sistem suntikan bahan api elektronik. Suzuki turut melengkapkan model ini dengan sistem Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), sistem Ride-by-Wire, Traction Control dan paling best, sistem Quickshifter dua hala.

Sistem SDMS membolehkan penunggang memilih tiga mod berbeza iaitu Mode A (Active) dengan respon pendikit paling agresif, Mode B (Basic) menawarkan hantaran kuasa lebihh tenang dan Mode C (Comfort) yang sesuai untuk permukaan licin/basah. Selain itu, sistem Traction Control hadir dengan tiga tahap berbeza dan semestinya sistem Quickshifter yang membolehkan proses pertukaran gear dapat dilakukan tanpa perlu menggunakan klac.

Tangki bersaiz 16.5 liter, menjadikannya cukup praktikal untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh. Model ini juga didatangkan dengan fork USD yang dipadankan dengan penyerap hentakan belakang jenis jenis link-type. Ringkasnya, GSX-8TT merupakan antara model menarik dengan menggabungkan teknologi moden dengan elemen rekabentuk retro.

Spesifikasi Ringkas GSX-8TT

  • P x L x T:  2,115mm x 775mm x 1,160 mm
  • Tapak roda: 1,465 mm.
  • Tinggi pelana: 810mm
  • Berat: 203 kg
  • Tayar hadapan: 120/70ZR17
  • Tayar belakang: 180/55ZR17

Untuk pasaran Malaysia, persoalan yang paling menarik sekarang ialah harga dan bilakah model tahun 2027 ini akan diperkenalkan secara rasmi oleh Suzuki Malaysia. Sama-sama kita tunggu. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.