RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 November 2026

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Selepas dipertontonkan pada bulan Mei lalu sempena MBS 2026, Voge SR450X akhirnya boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh negara.

VOGE SR450X dikuasakan enjin  dua silinder 398 cc, empat lejang dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 41.6hp pada 8,000rpm dan tork 42Nm pada 5,750rpm. Enjin yang menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) ini turut dipadankan dengan transmisi jenis CVT serta pacuan akjir jenis tali sawat.

Model ini menggunakan fork USD dari KYB 37mm di hadapan dengan pelarasan preload manakala bahagian belakang dilengkapi penyerap hentak berkembar KYB. Sistem brek terdiri daripada cakera berkembar 300mm di hadapan dan cakera tunggal 240mm di belakang. Kelengkapan keselamatan merangkumi sistem ABS dua saluran, Traction Control dan Blind Spot. Terdapat juga dua mod tunggangan iaitu Normal dan Sport. Saiz tnagki bahan api pula sekitar 18 liter.

Antara kelengkapan teknologi yang ditawarkan ialah meter TFT berwarna 7-inci dengan fungsi navigasi melalui aplikasi Carbit Ride, sambungan Bluetooth, sistem kunci pintar, TPMS, cermin penghadang angin boleh laras secara elektronik, pemanas pendikit tiga tahap, pemanas pelana, lampu-lampu LED, USB Type-A dan Type-C.

Ciri-ciri lain pula termasuk tinggi pelana 795mm, kelegaan bumi 180mm, berat 220kg, pelindung tangan, lampu kabus, pelapik kaki anti gelincir, rim jenis jejari, tayar hadapan 110/70-17 dan belakang 

Voge SR450X ditawarkan pada harga asas bermula RM29,888 (tanpa cukai jalan dan insurans). Model ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Alpine Green, Cosmic Blue dan Onyx Black.

Setiap pembelian VOGE SR450X disertakan waranti dua tahun atau 20,000km (mana yang tiba dahulu). Sekiranya jarak perjalanan melebihi 20,000km dalam tempoh tersebut, komponen enjin masih dilindungi menerusi waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh waranti. Pelanggan juga boleh mendapatkan alat ganti tulen menerusi perkhidmatan pembelian dalam talian VOGE Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

  • Dari Litar

    Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

  • Model Baru

    SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

  • Model Baru

    HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

  • Model Baru

    Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

Artikel berkaitan

SWM 255XT Dijangka Ke Pasaran Negara Suku Kedua 2027 - Bawah RM20K

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Lambretta Kota Bharu Dirasmikan

Boon Siew Honda Bantu 193 Murid SK Nibong Tebal Menerusi Program Ride to Reach

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Konvoi PETRONAS Sprinta 2026 Himpun Lebih 700 Penunggang!

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Suzuki secara rasminya telah melancarkan Suzuki GSX-10R, sebuah jentera sportbike yang dibina berasaskan konsep "Fun. Unlimited."

Model Baru

SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

Suzuki sekali lagi menggegarkan pentas bumi Milan! Selepas peminat tegar naked bike berduka seketika dengan berita persaraan enjin legenda SV650, gergasi Hamamatsu tidak menunggu lama untuk melepaskan pengganti mutlaknya. Rasmi diperkenalkan kepada dunia di EICMA, jentera ini diberi nama Suzuki SV-7S.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

uzuki Malaysia hari ini melancarkan Suzuki SV-7GX, sebuah motosikal crossover kelas pertengahan yang menggabungkan karakter sporty SV650 dengan keupayaan serba boleh untuk pelbagai jenis perjalanan.