RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Kembara / 14 Mei 2026

Dari Malaysia ke London, Bing Moto Jelajah 26 Buah Negara

Pengembara motosikal dari Taiwan iaitu Bing Ang atau lebih dikenali sebagai Bing Moto membuktikan bahawa keberanian dan rasa ingin tahu mampu membawa seseorang menjelajah dunia tanpa sempadan.

Bing yang berumur 30 tahun dan bekerja di Singapura memulakan pengembaraan slolonya menggunakan motosikal jenis Yamaha Tenere 700 yang dibelinya di Johor Bahru, Malaysia. Pada awalnya, motosikal hanyalah kenderaan harian sebelum beliau menjadikannya medium untuk melihat dunia dengan cara berbeza.

Selama14 bulan mengembara, Bing berjaya menamatkan pengembaraan solonya lebih 50,000 kilometer merentasi 26 negara dari Malaysia ke London dengan merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Menurut Bing, seseorang tidak perlu menunggu sehingga benar-benar bersedia 100% untuk memulakan sesuatu kerana setiap perjalanan sentiasa dipenuhi perkara yang tidak dijangka.

Sepanjang perjalanan, beliau turut memilih laluan tidak konvensional termasuk kawasan terpencil, jalan mencabar dan lokasi sukar dilalui bagi menikmati pengalaman yang sebenar.

Walaupun mengembara secara solo, Bing mengakui nilai kemanusiaan yang ditemuinya menjadi antara pengalaman paling bermakna apabila ramai individu tidak dikenali tampil membantu, berkongsi makanan serta menyediakan tempat untuk berehat.

Antara pengalaman paling memberi kesan ialah layanan mesra komuniti Muslim yang ditemuinya di beberapa negara Timur Tengah sepanjang pengembaraan tersebut.

Bing memilih Yamaha Tenere 700 kerana keupayaan off-road rentas laluan padang pasir sejauh 100 kilometer di Timur Tengah, menawan Sach Pass di Himalaya pada ketinggian 4,000 meter serta tunggangan berkelajuan tinggi di Autobahn, Jerman. Selain itu, ketahan jenetra ini dibuktikan melalui perjalanan sejauh 52,311 kilometer tanpa sebarang kerosakan, meredah suhu dari -10°C hingga 50°C, menawan Umling La pada ketinggian 5,799 meter yang merupakan antara jalan tertinggi di dunia dan melalui laluan solo di kawasan terpencil tanpa sebarang bantuan.

Bagi Bing, aantara pengajaran utama dalam pengembaraan Bing Moto, apabila perjalanan ini bukan sekadar tentang destinasi, tetapi nilai hubungan sesama manusia. Di pelbagai negara, beliau telah menerima kebaikan daripada individu yang tidak dikenalinya termasuk berkongsi makanan, memberi tempat berehat dan bantuan di sepanjang perjalanan.

Perkara-perkara kecil ini menjadi kenangan paling bermakna, sekali gus membuktikan bahawa kemanusiaan tidak mengenal sempadan.

Untuk perancangan seterusnya, Bing bercita-cita meneruskan pengembaraan ke Amerika Latin dan Alaska. Buat masa ini, beliau kembali ke Malaysia dengan menyertai Yamaha Jejak Timur: Touring Expedition anjuran Hong Leong Yamaha Motor sebagai kesinambungan perjalanan bersama komuniti penunggang tempatan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Ride Santai Bersama Yamaha XMAX 250

BATAM RIDE 2025

TM Bikers Ride ke Philippines 2025

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Versys Explore The Unexplored (ETU) 2025: Bukan Sekadar 'Ride & Camp'!

Loop 700km Kembara Jakarta Bandung Indonesia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.