RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Julai 2025

Versys Explore The Unexplored (ETU) 2025: Bukan Sekadar 'Ride & Camp'!

Ride & Camp dengan para pemilik Versys? Ya...itulah program yang RR telah diberikan peluang untuk hadirkan diri bersama pihak Kawasaki Malaysia pada pertengahan Jun yang lalu.

Acara tahunan ini dinamakan Versys Explore The Unexplored (ETU) yang merupakan penganjuran pertama untuk tahun 2025. Sebelum ini, ETU telah diadakan di Janda Baik, Pahang dan di Sahom Resot di Perak.

“Program ETU ini merupakan penganjuran yang khusus untuk para pemilik jentera Versys dari 250cc hingga 1000cc dengan tujuan mewujudkan komuniti 'adventure touring' di kalangan para pelanggan kami. Dengan ETU ini, para pemilik Versys akan berpeluang mengembara bersama-sama dan menikmati pelbagai aktiviti yang pihak Kawasaki Malaysia anjurkan,” kata En. Aqbal Saifullah, Pengurus Bahagian Pemasaran, MODENAS.

Seperti yang dijadualkan, enjin Versys pelbagai versi telah memecah kesunyian awal pagi setibanya para peserta di check point pertama iaitu di Restoran Roti Canai Jenderam Hilir, Dengkil. Usai sarapan, konvoi yang melibatkan lebih daripada 20 buah jentera Versys ini telah dilepaskan oleh En. Aqbal dan terus menuju ke Litar Antarabangsa Sepang untuk sesi bergambar.

Angin pagi menyapa wajah, jalan terbuka terbentang luas di hadapan. Terima kasih kepada lima orang krew marshal yang diketuai oleh Bro. Dauz yang mengawal pergerakan konvoi agar lebih lancar dan cukup teratur. Sekali lagi konvoi berhenti untuk sesi bergambar di KLIA Landing Aircraft Spot 27 sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan Jajaran Selatan.

Menjelang tengahari, para peserta tiba di Restoran Asam Pedas Pak Man yang beroperasi di Kompleks Niaga Melaka, Air Keroh. Para peserta dihidangkan dengan pelbagai set lauk popular seperti Asam Pedas Ikan Tenggiri, Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Jenahak dan Asam Pedas Daging Tetel. Memang cukup lazat!

Konvoi kemudiannya berhenti di dua lagi lokasi untuk berehat dan bergambar iaitu di Muzium Kapal Selam Melaka dan Pantai Peranginan Pengkalan Balak. Ini juga peluang terbaik buat para peserta untuk menikmati makanan ringan yang dijual penduduk tempatan. Kita support local product!

Perjalanan di tapak perkhemahan JCK Lake, Port Dickson memakan masa sekitar 1 jam dan memang berbaloi mengharungi hari yang panas kerana suasana dan pemandangan di JCK Lake memang cukup menenangkan. Tapak perkhemahan di sini juga dikenali dengan nama Mayangbay Campsite, Lukut.


Turun dari motor, sejukkan badan....dan para peserta terus memasang khemah masing-masing. Satu khemah untuk dua peserta. Sambil 'bekerja keras' menyiapkan tempat tidur, kita hirup udara hutan. Sunyi. Tenang. Burung berkicau, air tasik yang jernih menghijau.

Aktiviti pada petang itu diteruskan dengan eksplorasi ATV yang telah dikawal oleh krew berpengalaman dari JCK Lake. Ingatkan dekat...rupa-rupanya para peserta dapat menikmati laluan lasak ladang kelapa sawit sejauh 8 kilometer. Buat mereka yang belum pernah menunggang ATV, pengalaman ini memang cukup seronok. Rakan-rakan yang dah expert tu pula berdesup jauh ke depan. Pemandangan yang dapat kami saksikan dari atas bukit pula cukup cantik...healing habis!

Para peserta disajikan dengan juadah makan malam 'ala barat' yang menyelerakan. Ada kambing bakar, ayam bakar, sup sendawan, garlic bread, pasta dan sosej cocktail bakar.

Bila perut dah kenyang, baru semangat nak dengar taklimat product yang disampai oleh En. Roger Chia dari ASMAX Mesh Intercoms Systems. Dalam taklimat yang disampai, sistem perhubungan rangkaian MESH ini sememangnya cukup penting khususnya dalam perjalanan berkumpulan. Ia membolehkan setiap ahli konvoi berkomunikasi secara langsung semasa di atas jalan raya.

“Dalam perjalanan berkumpulan, sistem komunikasi rangkaian cukup penting untuk menentukan lokasi, persimpangan, keadaan semasa para peserta dan lain-lain. Kita juga boleh memberi amaran kepada rakan-rakan jika adanya halangan laluan di hadapan atau jika ada rakan yang kurang sihat atau mengantuk sewaktu menunggang,” ujar En. Roger.

Acara yang ditunggu-tunggu pada malam itu sudah tentulah 'Cabutan Bertuah' yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti Power Bank, alat Intercom ASMAX dan video recoder. Pihak MODENAS turut tayangkan video pendek ETU, MotoGP dan beberapa buah filem di 'Wayang Pacak' yang khusus buat para peserta yang belum berhajat untuk berehat dalam khemah masing-masing.

Hari kedua:

Bagi mereka yang ingin menguji kecekapan skill menunggang di laluan lasak, pihak Kawasaki Malaysia telah mengaturkan slot di ladang JCK Lake. Ramai juga membuat keputusan untuk menyambung perjalanan mereka dan pulang ke rumah masing-masing.

Ternyata, acara Ride & camp seperti ETU ini telah berjaya merapatkan hubungan kenalan baru dan lama. Tahniah buat para peserta yang sanggup 'ride' dari jauh semata-mata untuk menikmati program yang diannjurkan.

Bagi saya, walaupun tidak lama, program seperti ETU ini bukan sekadar pelengkap hobi tetapi ia terapi jiwa. Dapat jalan, dapat tenang. Dapat motor yang faham jiwa pengembara...memang jackpot! MODENAS Versys lebih daripada sebuah kenderaan. Dia kawan perjalanan.

Terima kasih buat MODENAS atas jemputan, lebih-lebih lagi krew 'padu' seperti En. Aqbal, Aqil, Zulfar, Haziq, Ikram, Maizatul dan lain-lain. Hingga jumpa lagi di siri ETU seterusnya. Dengar kata, nak buat tiga kali setahun...ye ke? RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.