RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 November 2026

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

Zontes dijangka memperluaskan rangkaian skuter berkuasa tinggi di pasaran Malaysia menerusi pengenalan model baharu Zontes 552S yang dipertontonkan buat pertama kali di Milan, Italy menerusi Pameran Antarabangsa Eicma 2026.

Model berkenaan merupakan sebahagian daripada keluarga Zontes 552 yang turut merangkumi tiga model lain iaitu 552G, 552H dan 552Z. Setiap varian dibangunkan menggunakan enjin sama tetapi menawarkan rekabentuk serta karakter tunggangan berbeza.

Skuter berkonsepka GT Touring ini dikuasakan enjin dua silinder 531cc, 4-lejang dengan sistem penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 46.9hp pada 7,250rpm dan tork 56Nm pada 5,500rpm. Sistem transmisi CVT dengan pacuan akhir jenis tali sawat memudahkan kawalan terutama di kawasan trafik sesak.

Antara kelengkapan teknologi yang ditawarkan termasuk sistem pendikit elektronik Ride-by-Wire, mod tunggangan, Cruise Control, Traction Control dan ABS dua saluran. Ciri-ciri lain pula adalah paparan meter TFT, sistem TPMS, tangki 16 liter, tinggi pelana 770mm, berat 198kg, tayar depan 120/70R17, tayar belakang 160/60R15, sistem NFC serta sambungan aplikasi telefon pintar.

Kehadiran Zontes 552S ke pasaran Malaysia tahun hadapan dijangka menambahkan pilihan dalam segmen maksi skuter berkapasiti pertengahan tinggi. Model ini dijangka mendarat ke pasaran negara pada suku kedua tahun 2027 pada harga asas di bawah RM40,000. Namun, spesifikasi lengkap untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

  • Dari Litar

    Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

  • Model Baru

    SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

  • Model Baru

    HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

  • Model Baru

    Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

Artikel berkaitan

Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

KYMCO CV-X45: Skuter 'Adventure Crossover' Serba Baru

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Konvoi PETRONAS Sprinta 2026 Himpun Lebih 700 Penunggang!

Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2026 yang masuk tahun keempat penganjuran mencatatkan penyertaan paling ramai setakat ini apabila lebih 700 penunggang.

Warta Roda

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

SYM menampilka skuter konsep iaitu MAXSYM Turbo di Eicma 2026.

Warta Roda

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge SR450X Kini Tiba ke Pasaran Negara