RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 November 2026

Ultraviolette X-47 Venom: Bukti Jentera EV Makin Maju

Pengeluar motosikal elektrik dari India, Ultraviolette, memperkenalkan X-47 Venom di pestas EICMA 2026. Model berkonsepkan crossover ini tampil dengan pendekatan menarik apabila menggabungkan prestasi motor elektrik dengan teknologi moden yang biasanya ditemui pada kereta moden.

Tarikan utamanya ialah sistem radar belakang yang menawarkan empat fungsi, iaitu Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Overtaking Alert dan Rear Collision Warning. Menerusi sistem ini, penunggang boleh menerima amaran sekiranya terdapatnya kenderaan di kawasan titik buta, ketika mahu menukar lorong atau apabila ada kenderaan yang menghampiri dari belakang dalam keadaan berbahaya.

Selain itu, X-47 Venom turut dilengkapi kamera papan pemuka hadapan dan belakang serta sistem Park Assist dengan kamera pandangan belakang. Semua maklumat dipaparkan menerusi skrin sentuh TFT LCD berukuran tujuh inci.

X-47 Venom menggunakan kuasa elektrik 100V bersama enjin UV Lightfury yang menghasilkan kuasa maksimum 30kW atau sekitar 40hp.

Pihak pengeluar mendakwa motosikal ini mampu memecut dari 0–100km/j dalam masa 5.9 saat, manakala kelajuan maksimum ialah sekitar 155km/j.

Untuk jangka hayat bateri, Ultraviolette mendakwa jarak perjalanan bandar boleh mencapai 235km berdasarkan kitaran ujian WMTC Urban. Perumah bateri diperbuat daripada aluminium die-cast dengan perlindungan IP67. Pengecas Type berkuasa 1.6kW disediakan sebagai kelengkapan standard, manakala pengecas luaran Boost Charger 3kW ditawarkan sebagai pilihan.

Secara keseluruhan, X-47 Venom baru ini memperlihatkan bahawa pembangunan motosikal elektrik kini semakin melangkaui soal kuasa dan jarak perjalanan. Penggunaan radar belakang mungkin menjadi antara teknologi yang semakin mendapat tempat dalam industri motosikal pada masa hadapan. Cuma, keberkesanannya dalam keadaan tunggangan sebenar masih perlu dibuktikan. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

  • Dari Litar

    Marc Marquez Juara MotoGP 2026!! Samai rekod Agostini...

  • Model Baru

    SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

  • Model Baru

    HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

  • Model Baru

    Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

Artikel berkaitan

Suzuki Malaysia Perkenalkan SV-7GX. Harga asas RM37,900

SKUCAI? Model unik C-ATX200 diperkenalkan...

HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

KYMCO CV-X45: Skuter 'Adventure Crossover' Serba Baru

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Zontes 552H sah masuk Malaysia Suku Tahun Kedua 2027.

Model Baru

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

KTM Malaysia turut merancang memeprkenalkan KTM 790 Adventure 2027 ke pasaran tempatan.

Model Baru

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

Zontes bakal memperluaskan penawaran skuter berkapasiti besar di Malaysia menerusi pengenalan skuter adventure baharu iaitu Zontes 552G.