RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 7 Januari 2025

KYMCO AK550: Mewah, Elegan & Praktikal

Kerjasama strategik di antara MODENAS dan Kymco terjalin bermula pada tahun 2016 lalu dan berjaya memperkenalkan model Downtown 250i yang memiliki prestasi yang cukup mengagumkan. Dalam siri skuter yang bersesaran lebih besar, Kymco AK550 merupakan antara skuter maksi yang mendapat perhatian global sejak ia diperkenal pada tahun 2017 kerana bukan sahaja memiliki rekabentuk yang mantap tetapi juga disertakan dengan prestasi enjin yang mengagumkan.

Model terbaru siri ini dilancarkan ke pasaran Malaysia pada awal tahun 2024 pada harga (asas) RM65,600 dan hadir dengan spesifikasi enjin dan teknologi moden yang cukup mantap. Model baru ini hadir dalam dua warna menarik iaitu Flat Brown dan Hitam.

Sebagai sebuah skuter maksi yang moden, AK550 Premium ini dipadatkan dengan teknologi terkini seperti Mod Tunggangan (Full Power & Rain), sistem Autocruise, Traction Control, sistem perhubungan Bluetooth, port USB dan sistem Kunci Pintar. Sistem cruise control merupakan ciri yang memang cukup penting kerana model ini selayaknya dipilih sebagai teman penjelajahan jarak jauh.

Posisi menunggang yang cukup selesa datangnya dari ruang kokpik yang luas walaupun untuk penunggang yang tinggi lampai. Dari depan hingga belakang menawarkan hasil seni yang benar-benar elegan dan mewah. Anda boleh menilai sendiri menerusi rekabentuk lampu utamanya jenis LED beserta Daytime Running Light (DRL) yang bukan sahaja cantik tetapi juga cukup terang. Cermin pengadang angin Kymco ini juga boleh dilaras secara automatik.


Panel meternya terdiri daripada paparan digital (kiri/kanan) dan TFT berwarna penuh di tengah-tengah. Terdapat beberapa paparan berbeza yang boleh dipilih dengan hanya menekan suis yang terdapat pada bar hendal. Menerusi aplikasi Noodoe, pemilik AK550 Premium ini boleh ke mana sahaja menggunakan sistem navigasi yang tersedia.

AK550 baru ini disempurnakan dengan enjin bersesaran 550cc, aci engkol 270 darjah, kembar-parallel, DOHC yang mampu menghamburkan hantaran kuasa setinggi 51hp pada 7,500rpm dan tork 52Nm pada 6,000rpm. Skuter maksi premium ini mampu memecut lebih daripada 160km/j dengan cukup pantas.

Untuk memudahkan penunggang, pemilihan Mod Tunggangan juga boleh diketahui menerusi warna yang terpapar pada panel meter Digital. Warna Kuning mewakili hantaran kuasa penuh manakala warna Biru untuk mod Rain. Selain itu terdapat juga pemanas pendikit yang boleh kita pilih dalam tiga tahap kepanasan. Musim hujan macam sekarang ini memang sesuailah!

Terdapat juga suis (macam keyboard piano) yang digunakan untuk 1. Membuka penutup petrol, 2. Membuka Pelana, 3. Bacaan 'Trip' dan 4. Lock hendal. Nak kunci bar hendal mudah sahaja, matikan suis utama, pusing hendal dan tekan suis Lock. Kalau bar hendal yang berada pada sudut yang betul, 'bip' amaran akan berbunyi beberapa kali. Ruang bawah pelananya juga agak besar.

Memecut laju dengan Kymco AK550 ini memang cukup mengujakan. Tak perlu tunggu lama untuk kita mencapai kelajuan lebih daripada 120km/j. Untuk keselesaan dalam kelajuan itu, tekan suis untuk naikkan cermin pengadang angin. Auto mat... Puas hati.

Kecekapannya merentasi pelbagai jenis laluan disumbangkan dari fork hadapannya jenis terbalik dan lengan ayun horizontal dan brek-brek (270mm Depan, 260mm Belakang) beserta sistem AIBS (Advance Intelligent Braking System).

Ruang penunggang luas, selesa dan natural. Pelananya hanya setinggi 785mm sememangnya mudah untuk kita panjat. Pada mulanya saya agak kurang yakin membaringkan jentera ini di laluan berselekoh disebabkan pemilihan lengan ayun horizontal. Ternyata jangkaan saya itu meleset. Betul-betul sedap dan stabil rupanya.

Namun begitu, rekabentuk belakangnya yang lebar tidak begitu diminati oleh pembonceng kerana apabila kelajuan mencecah 140km/j, bahagian peha (pembonceng) akan melawan angin dari depan, menyebabkan pembonceng itu terpaksa melebarkan bahagian peha dan ini telah menyebabkannya cepat letih dan kurang selesa.

Kymco ini seberat 226kg. Oleh kerana beratnya diagihkan dengan bijak, AK 550 ini memang senang dan seronok ditunggang lebih-lebih lagi untuk memecut laju di atas lebuhraya. Sepanjang hampir lima hari bersama AK550 ini, ratusan kilometer telah dilalui dengan nikmat 3S iaitu Selesa, Seronok dan Selamat.

Ternyata Kymco telah berbelanja 'besar' untuk menghasilkan sebuah skuter hebat. Kami benar-benar kagum dengan teknologi, idea hebat yang dipertontonkan oleh jenama ini untuk terus berdaya saing dalam penjualan jentera skuter di Malaysia. RR

Spesifikasi

Enjin parallel-twin 550.4cc DOHC
Kuasa maksimum51hp pada 7,500rpm
Tork maksimum 52Nm pada 6,000rpm
Sistem pencahayan LED beserta DRL (daytime running light)
Brek 270mm depan, 260mm belakang
Isi tangki14.5 liter
Sistem elektronikcruise control, traction control, AIBS Cornering Technology, Mod Tunggangan
Panel meterDigital & TFT
Pacuan akhirCVT - Talisawat

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.