RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Oktober 2026

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.


Pusat servis sedia ada akan ditutup pada 12 hingga 22 Oktober 2026 untuk proses pemindahan manakala Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce Kuala Lumpur di premis baharu akan mula beroperasi sepenuhnya pada 23 Oktober 2026. Namun begitu, bekalan alat ganti tidak terjejas sepanjang penutupan ini. Pembelian terus daripada Mforce Parts Sdn. Bhd. juga boleh dibuat menerusi talian 012-485 0133 dengan penghantaran percuma bagi kawasan Selangor & Kuala Lumpur.

Pusat servis baharu ini bakal menempatkan lebih 20 juruteknik bertauliah serta fasiliti penyelenggaraan yang dipertingkatkan bagi mengurangkan masa menunggu dan memberikan perkhidmatan pembaikan yang lebih cekap.

Dengan keluasan keseluruhan 77,000 kaki persegi, fasiliti Mforce Kuala Lumpur kini merupakan pusat servis motosikal terbesar di Malaysia, direka bagi menyokong kapasiti penyelenggaraan berskala tinggi serta meningkatkan kecekapan operasi.

Berteraskan konsep pusat sehenti, Mforce Kuala Lumpur menawarkan rangkaian kemudahan komprehensif termasuk ruang pameran Mforce Gallery yang mempamerkan 16 susun atur pelbagai model dan jenama di bawah Mforce, ruang menunggu pelanggan yang luas dan selesa, CR Cafe, Restoran, Pusat Alat anti serta gudang penyimpanan alat ganti bagi rangkaian produk Mforce.

Cawangan terbaharu ini turut dilengkapi Motorcycle Inspection Test Bench bernilai RM1.5 juta, yang membolehkan pemeriksaan menyeluruh terhadap aspek keselamatan dan keadaan motosikal termasuk sistem brek, pencahayaan serta penjajaran badan, sejajar dengan piawaian industri.

Kemudahan sokongan lain seperti surau, tandas, ruang menunggu pelanggan serta ruang pameran dan jualan produk LS2 dan Mforce Oil turut disediakan bagi melengkapkan pengalaman pelanggan yang lebih menyeluruh. RR


Alamat Pusat Servis Baharu:
46 & 48, Jalan Segambut Tengah,
Taman Segambut,
51200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.