RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 7 Mei 2025

MODENAS Z650 - Antara Jentera Jalanan Paling Berbaloi?

Kawasaki Z650 ialah jentera jalanan yang terkenal dengan sifat mesra penungggang khususnya buat mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia superbike dan peminat wanita dengan menawarkan rekabentuk ergonomik yang selesa.

Model ini ditawarkan pada harga sekitar RM35,000 dan pada pandangan saya, ia adalah satu pembelian yang cukup berbaloi. Z650 ini bukan sahaja mudah ditunggang tetapi memang ada style!

Rekabentuk keseluruhan Z650 ini sememangnya mewarisi karaktor siri Z yang dikeluarkan selama ini. Lampu hadapan jenis LED memberikan suluhan yang cukup jelas. Panel meter baru jenis TFT yang dimiliki oleh model ini memang jelas dan tersusun rapi. Mudah saja untuk kita melihat tahap kelajuan, posisi gear, jam, pilihan tahap sistem TC dan lain-lain.

Ketinggian bar hendal memuaskan tetapi secara peribadi, saya lebih suka jika bar hendalnya lebih lebar daripada unit standard ini. Dengan pelana yang hanya setinggi 790mm, Z650 senang dipanjat oleh semua jenis penunggang termasuk wanita. Saya tak pasti sama ada 188kg ini dikira agak berat untuk Z650 ini atau tidak kerana bagi saya, pergerakan jentera ini dalam kelajuan rendah atau tinggi semuanya dalam kawalan.

Unit tunggangan uji ini saya gunakan setiap hari untuk ke ibu pejabat RodaRoda (RR) di Sungai Buloh. Untuk ke sana dari Puchong, saya ada sekurang-kurangnya tiga laluan pilihan.

Pertama: LDP – Lebuhraya Elite – NKVE – PLUS – keluar di Tol Sungai Buloh. Laluan ini jauh tapi ada juga ruang untuk kita memecut. Namun begitu, saya perlu berdepan dengan kesesakan di LDP & NKVE.

Kedua: LDP – NKVE – GUTHRIE – keluar Tol Elmina 'East'. Guna jalan dalam di Subang Suria, Kampung Paya Jaras Hilir sampai ke Bukit Rahman Putra. Jalan ini tak banyak kereta dan bila masuk kampung tu, ada banyak gerai menarik untuk bersarapan.

Laluan ketiga tentulah saya guna Lebuhraya Damansara-Puchong. Jalan ini hampir 100% sesak di waktu pagi. Maka penunggang motosikal akan gunakan lorong tengah di sepanjang perjalanan. Jujurnya saya agak risau menggunakan laluan ini kerana banyak kali juga berdepan dengan situasi kereta mengubah laluan secara tiba-tiba.

Okay...Z650 ini langsung tidak memberikan saya masalah untuk ketiga-tiga laluan di atas. Tubuhnya yang ramping memudahkan kita mencelah manakala enjinnya yang mantap sudah tentu membolehkan kita merentap tenaganya dengan pantas walaupun dalam gear-gear teratas. Jentera ini sangat menyenangkan untuk ditunggang di sekitar bandar.

Betul...enjin 649cc, kembar parallel, DOHC, sistem penyejuk cecair yang dipadankan pada model jalanan ini mampu menjana hantaran kuasa setinggi 68PS pada 8,000rpm dan tork 64Nm pada 6,700rpm. Untuk memecut lebih daripada 180km/j memang tak ada masalah. Sistem transmisi 6 kelajuan model ini juga lancar tetapi kalau ada sistem Quick-shifter mesti lagi best!

Bunyi yang terhasil daripada sistem ekzos 'pendek'nya tidak bingit, agak senyap tetapi sedap juga lah di dengar dan ini adalah kerana Modenas Z650 berpiawaian Euro 5. Mungkin rakan-rakan yang suka bunyi lebih garang kena cari sistem ekzos di pasaran luar.

Jika Modenas menyasarkan model ini buat penunggang baru, ia memang cukup sesuai. Model ini cukup simple, tetapi bagus! Ia dilengkapkan dengan sistem Traction Control, sistem Assist & Slipper Clutch, sistem ABS dan sistem Smart Connectivity yang membolehkan kita menerima panggilan atau mesej masuk dengan adanya notifikasi yang dipaparkan pada skrin. Padu!

Z650 hadir dengan fork hadapan teleskopik 41mm yang dipadankan dengan penyerap hentak tunggal (horizontal) di bahagian pelakang. Pengeluar jentera ini telah mempertingkatkan kualiti pelana untuk pembonceng dengan bahan urethane ditebalkan dan bahagian sisi juga dilebarkan sedikit. Namun begitu, selepas mengujinya dengan dua orang pembonceng berbeza, kedua-duanya mengeluh tidak selesa selepas 40 minit perjalanan.

Selepas tiga hari saya gunakan Z650 ini sebagai teman ke tempat bertugas, akhirnya saya berkesempatan menikmati hujung minggu di Fraser's Hill. Laluan berselekoh di Kuala Kubu memang mengujakan saya. Casis trellis yang tegar memboleh jentera ini dimiringkan ke kiri dan ke kanan dengan cukup selesa dan menyakinkan.

Tayar hadapan bersaiz 120/70ZR17M/C dan belakang 160/60ZR17M/C menggigit permukaan jalan dengan cemerlang sekali. Yes...cengkaman agresif, breknya juga mengagumkan. Pergerakan di depan dikawal oleh sepasang brek cakera kelopak 300mm menawarkan kuasa yang baik, sesuai untuk senario tunggangan harian biasa. Bahagian belakang Z650 dilengkapkan dengan brek cakera 220mm juga jenis berkelopak.

Lama juga tidak ke Fraser's Hill. Jalannya sama..ada yang cantik...ada yang kurang cantik. Namun begitu, keindahan alam dan cuaca yang dingin betul-betul menghilangkan stress. Kami singgah di sebuah cafe gaya Inggeris, Smokehouse. Best juga sesekali rehat di sana.

Dengan isi tangki 15 liter, saya telah menunggang lebih daripada 200km dan saya yakin kalau ikut kelajuan ekonomi (jika kita menunggang pada tahap penggunaan petrol yang jimat, akan menyala lampu ECO (Economical Riding Indicator) berwarna hijau. Tapi saya 'ride' sepanjang perjalanan, sesekali sahaja lampu itu menyala.

Setiap kilometer perjalanan saya benar-benar nikmati dan ketika menunggu giliran menunggang uji Kawasaki ZX6R baru di Litar Sepang tempohari, sekali lagi saya dapat mengendalikan Z650 ini selama dua lap. Jadi...memang saya boleh katakan antara model jalanan yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Jalan biasa boleh...naik bukit boleh...corner di SIC pun boleh! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.