RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 15 September 2025

Ramai Sangka Ada Turbo, Sebenarnya Inilah Rahsia YAMAHA NVX SP

Pada hujung bulan Disember 2024, Yamaha Indonesia telah memperkenalkan Yamaha Aerox Alpha (dikenali sebagai NVX di Malaysia) yang menampilkan empat jenis varian iaitu Standard, CyberCity, 'Turbo & "Turbo" Ultimate. Dari situ bermulalah pelbagai andaian, khabar angin serta tanda tanya sama ada benar model ini dilengkapi teknologi turbo seperti yang ada pada sesetengah kenderaan empat roda.

Bulan demi bulan, penantian para peminat dua roda terjawap apabila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan generasi ketiga Yamaha NVX 155 untuk pasaran tempatan. Berbeza dengan negara jiran, model ini hanya tampil dalam dua varian iaitu NVX 155 ABS sama seperti Aerox Alpha CyberCity dan NVX 155 SP merupakan varian Turbo.

En. Lee Chan Wee menyampaikan taklimat berkenaan Yamaha NVX 155 SP.
En. Lee Chan Wee menyampaikan taklimat berkenaan Yamaha NVX 155 SP.

Pada mulanya kami tertanya-tanya juga "betul ke ada teknologi turbo pada model ini?". Pertanyaan kami akhirnya terjawap selepas pihak HLYM menawarkan peluang kepada para media untuk membuat tunggang uji ringkas di sekitar Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada hari berikutnya. Tunggang uji tersebut bukanlah dilakukan di dalam litar tetapi di luar kawasan memandangkan pada ketika itu ada perlumbaan MSBK pusingan ketiga.

Acara bermula seawal 10.00 pagi dengan sesi pendaftaran, diikuti taklimat tentang jentera oleh En. Lee Chan Wee, Pengurus Pemasaran HLYM serta penerangan teknikal dan keselamatan daripada marshal Yamaha. Untuk tunggang uji ini para media diberi peluang merasa sendiri apa kelebihan yang ada pada model Yamaha NVX 155 SP memandangkan jentera ini tampil dengan pelbagai ciri yang baharu. Manakala untuk versi ABS masih lagi sama seperti versi yang sebelum ini, hanya rekabentuk luaran sahaja yang baru.

Tepat jam 11 pagi, sesi tunggang uji dimulakan. Jarak perjalanan tidaklah jauh hanya sekitar 4.2 kilometer sahaja. Pusingan pertama, dua marshal mengawal perjalanan peserta bagi memastikan keselamatan dan kesesuaian rentak tunggangan. Menariknya, pada pusingan kedua, peserta diberi peluang untuk berada di hadapan manakala marshal bertindak sebagai pengiring di belakang.

Sepanjang sesi, kami dapat merasakan keistimewaan yang ditawarkan pada NVX 155 SP ini. Walaupun digempar-gempurkan sebagai model "Turbo', tetapi skuter ini tidak menggunakan teknologi turbo yang sebenar. Sebaliknya dibekalkan dengan sistem CVT yang baharu digelar sebagai Yamaha Electronic CVT (Y-ECVT). Untuk varian ABS hanya menggunakan transmisi CVT yang biasa, sama seperti varian NVX sebelum ini.

Kiri: Butang Y-Shift & Kanan: Butang Mod.
Kiri: Butang Y-Shift & Kanan: Butang Mod.

Apa yang menarik tentang Y-ECVT ini adalah sistem tersebut berfungsi sebagai engine braking apabila penunggang menekan butang Y-Shift di bar hendal sebelah kiri untuk mengawal kelajuan ketika mengambil selekoh dan menurun bukit. Y-Shift hadir dengan tiga tahap iaitu Low, Medium dan High.

Semasa sesi tunggang uji, kami cuba juga menggunakan teknologi ini apabila tiba di selekoh. Butang Y-Shift ditekan untuk mengaktifkan ciri downshift (seperti turunkan kedudukan gear) dan enjin mula bertindak sebagai brek tambahan. Hasilnya, NVX SP ini terasa lebih terkawal ketika masuk selekoh dan turun bukit dengan mudah tanpa hanya bergantung pada brek depan atau belakang. Bukan itu sahaja, menerusi sistem ini juga jentera boleh mendaki jalan berbukit dan memotong kenderaan dengan mudah kerana kuasa enjin kembali segar apabila pendikit dipulas semula selepas kita menggunakan butang Y-Shift. Untuk mendaki, tahap dua dan tiga lebih terasa.

Selain itu NVX 155 SP ditawarkan dua mod tunggang iaitu T (Town) untuk penggunaan di dalam bandar ataupun tunggangan santai -  boleh dikatakan lebih menjimatkan bahan api. Manakala S (Sport) bagi prestasi enjin lebih agresif. Untuk mod tunggang ini kami tidak boleh ulas dengan lebih lanjut. Namun, kami dapat rasakan kedua-dua mod menawarkan respon enjin yang berbeza.

Dari segi rekabentuk untuk varian ABS dan SP diinspirasikan daripada siri model Yamaha R, sekali gus memberikan imej yang sporty dan moden. Panel meter TFT (varian SP) bukan sahaja kemas tetapi dilengkapi dengan sistem navigasi untuk kemudahan pengguna. Sistem Traction Control pada varian SP ini juga boleh diaktifkan/nyahaktifkan menerusi paparan meter. 

Brek cakera depan & belakang.
Brek cakera depan & belakang.
Aksesori tambahan pada model SP yang bernilai sehingga RM500.
Aksesori tambahan pada model SP yang bernilai sehingga RM500.

Memandangkan ulasan ini hanyalah berdasarkan tunggang uji ringkas yang sempat kami lakukan, maklumat lebih mendalam mengenai prestasi keseluruhan jentera ini masih belum dapat dicerita sepenuhnya. Namun, ciri-ciri utama yang sempat dicuba dapat memberikan gambaran awal tentang karakter Yamaha NVX 155 SP. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.